Siapakah mereka?
Mereka adalah anak2 yang lahir antara 1995 hingga hujung 2009 iaiatu anak2 kepada generasi x atau awal y yang biasanya tidak mahu punya keluarga besar. Ibubapa sangat sibuk dengan kerjaya yang menyebabkan anak2 ini kesunyian. Dikatakan inilah kumpulan manusia paling sunyi dalam sejarah. Serentak dengan terciptanya youtbe, facebook, My Space, YM dll. kesunyian mereka diisi dengan rakan2 maya yang sebahagian besarnya mereka tidak pernah pun bertemu.
Mereka tidak suka keluar rumah, lemah kemahiran sosial dan selesa hidup tanpa mengenali saudara-mara. Kalau dalam dunia cyber mereka dapat berkomunikasi dengan begitu mesra, tetapi dalam dunia sebenar, sekiranya bertemu mereka begitu kaku.:P ( cm adik aku jew)
Secara purata masa mereka dihabiskan di depan komputer selama 8jam 20minit (kajian di Amerika). Jejari mereka sangat pantas memetik keyboard komputer dan telepon bimbit. Mereka mahir menggunakan gadget2 komputer hanya dengan belajar sendiri, tanpa guru. (hebat bkn kwn2) malahan mereka akan resah apabila jauh dari komputer.
Mereka bersifat berterus-terang dan suka menuntut hak mereka dalam semua perkara. Fizikal mereka mungkin tidak sekuat generasi sebelumnya kerana kurang bermain di padang. Alat permainan mereka hanya menggunakan mata, telinga dan jari. Berjaga hingga lewat malam adalah satu kebiasaan.
Mereka adalah kumpulan pertama anak2 abad ke21, lahir dalam dunia digital. Segalanya adalah pantas. Gerakan mereka laju termasuk gerakan mata. Mereka tidak berjalan tetapi berlari walaupun dalam rumah.
Mereka banyak informasi kerana setiap kemusykilan akan dicari melalui internet.
Generasi ini saling bertukar gambar melalui internet. Kalau anak2 generasi y bertukar gambar lucah orang lain dengan rakan2 mereka, tetapi generasi z yang berumur seawal 10 tahun tidak merasa bersalah saling menghantarkan gambar tubuh atau adengan mereka sendiri yang diambil menggunakan telepon bimbit. Kata2 seperti ” You send me yours and I’ll send you mine” adalah biasa dalam komunikasi mereka . Ibubapa di Amarika semakin khuatir apabila mendapati anak2 mereka dalam lingkungan 7, 8 tahun mengambil gambar alat sulit mereka untuk dihantar kepada rakan2 sebaya. Tidak mustahil ini juga sedang rancak berlaku dalam masyarakat kita.
Bayangkan setiap gambar yang dihantar melaui internet akan diedarkan tanpa batas dan ianya akan tersimpan selamanya2. Tiada istilah “delete“yang sebenar apabila maklumat atau gambar sudah dihantar melalui internet. Persoalan yang sering diutarakan…what kind of adults would they be?.
Pada masa ini para guru di sekolah sedang berhadapan dengan kumpulan ini. Tidak lama lagi mereka akan memenuhi universiti.
Ibubapa dan guru2 di Malaysia rata2 tidak membuat persiapan yang mencukupi dengan perkembangan ini. Walaupun pembahagian generasi ini adalah teori barat, tetapi mahu tidak mahu dengan dunia tanpa sempadan ini apa yang berlaku di tempat lain, dengan pantas ia akan menular ke tempat kita. Bezanya cuma sekuat manakah golongan agama dan moralists dapat mempertahankan nilai2 murni dan budaya bersusila untuk meminimakan pengaruh negatif tersebut.
Mereka akan mengisi ruang pekerjaan beberapa tahun dari sekarang. Kalau generasi y berdepan dengan isu workerholic tetapi mereka akan berdepan dengan isu speedholic dan winholic dalam persaingan memburu karier.
Speedholic….segalanya2 diukur dengan kepantasan. Siapa cepat akan berjaya, yang lambat akan tercicir.
Winholic…..segalanya diukur dengan pencapaian. Mereka berlumba2 untuk mengalahkan lawan.
Ada juga yang berpendapat golongan ini mungkin menjadi kumpulan yang lebih baik kerana ibubapa mereka iaitu generasi x amat berhati2 dengan anak2 disebabkan pengalaman pahit dibesarkan oleh ibubapa mereka.
Sebagai ibubapa, mengendalikan anak2 generasi z memerlukan penglibatan kita dalam dunia mereka iatu dunia cyber. Tidak hairanlah kalau ada ibubapa yang berkomunikasi dg anaknya lebih banyak melalui “YM” daripada ucapan mulut.
Jumaat, 10 Disember 2010
Mengendalikan Anak2 Generasi Z
Isnin, 20 September 2010
MASA MERUBAH KEBIASAAN
SALAM EIDUL-FITR
Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli2 FIQIR. Semuga semua menyambut kemenangan ini secara yang tidak berlebihan. Kita mempunyai tanggungjawab yang masih belum diselesaikan .... ayuh bereskan
Sesuai dengan berubahan zaman saya dapati beberapa tradisi telah berubah... antaranya
Kad raya telah berubah kepada e-kad atau SMS, tweeter jer
kunjung mengunjung masih berlaku tapi telah beransur menjadi formal..... kekadang kalau tiada open house tiada lah kunjungan....
Ada perubahan kearah menghayati eidul fitri sebagai ibadat yang hakiki dengan mengikis sedikait demi sedikit perayaan
Ada kecenderungan terutama dikalang orang berwang menghantar hamper raya sebagai pengiring kad....
bermula dengan kedatangan ramadhan menghantar buah-buahan.... kurma bang.. buahan tempatan tak main
Semakin dekat raya... hantar kueh berpakaging menarik.... ratusan malah ribuan ringgit harga...
Bagaimana tradisi bermaafan dan lawatan kanak-kanak masih mantap dan sampul raya makin tebal tapi ringan... duit siling dah tak main
MOHON MAAF SEGALA KETERLANJURAN
Yang selalu berdoa untuk jadik orang2 yang terlanjur adalah..... jeragang
Rabu, 7 Julai 2010
sekadar mencuba nasib
Rabu, 28 April 2010
make-up make-over.. ahaa ahaak... thats the way I like it
Salam
Alhamdulillah akhirnya urusetia KIK MARDI dapat mengadakan kursus untuk menambah kemahiran ahli-ahli KIK MARDI untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan projek masing-masing. sekurang kurang nya telah nampak bebayang wajah projek KIK telah dizahirkan. Pada perinsipnya 3 projek telah ada ketentuannya iaitu dari kumpulan Loko Sawah, M-TRAP dan FIQIR. Kumpulan MELOMAS dan DORPER walaupun belum di muktamatkan projek mereka kerana kumpulan berkenaan bersifat sementara untuk kursus tapi telah menampakkan keupayaan mereka buat projek..... tahniah gang..
Sesuatu yang menarik bagi saya kursus kali ini telah menampilkan keceriaan dalam keseriusan. Dalam hiruk pikuk senda ketawa ilmu disalurkan dengan berkesan... Pembentangan projek begitu real dan meyakinkan walaupun data yang dikemukakan banyak yang di make-up dan make-over tapi begitu meyakinkan sekali menyokong projek yang dicadangkan..
Barangkali keistimewaan Datuk konsultan menyampaikan bicara penuh berisi dalam gaya selamberland nyer berjaya mendasari sanubari peserta.... mekasih tok! ilmu tu sangat berguna. Komen Datuk yang selamba dan vokol walaupun kadangkala menikam perasaan dek sinis dalam jovial manner tapi telah boleh menganjak minda mencetus fenomena... sebagai juri saya sendiri merasa kagum dengan kejituan projek dan kelancaran persembahan... tahniah bro....tapi komen tetap komen belasah pantang ada peluang....
Kepada ana funya kumpulan, FIQIR eloklah mula mengorak langkah membetulkan saf... bergerak. Saya nak cadangkan untuk projek kita tu kita buat satu flatform atau medan yang teguh dan bagi nama yang ump supaya masalah dan projek yang dikenalpasti benar-benar memberi menfaat kepada MARDI dan dapat pula menjadi warisan oleh... jeragang
Sabtu, 24 April 2010
Difikir ditulis, Difikir Dilafaz.
Hari ini aku berbahasa yang lebih mudah dengan apa sahaja yang terlintas di otak akan aku tulis sebagaimana terkadang manusia bila berhadapan dengan manusia yang lain apa yang dia fikir dia kan terus lafazkannya. KRU juga pernah membuat lagu "Jangan Lafazkannya"
Apa yang difikir ditulis dan apa yang difikir dilafaz. Antara yang ditulis dan dilafaz sememangnya akan membawa kepada respon awal atau maklum balas awal kepada pembaca dan pendengar. Pembaca dan pendengar kepada apa yang dibaca dan didengar itu akan diterima dan akan diproses juga oleh otak. Maka semuanya bermula di otak dan kalau bahasa manisnya Minda. Dari minda dilimpahkan pemikirannya ke bentuk tulisan dibaca orang atau diolah cipta percakapan untuk didengar oleh manusia lain.
Manusia yang meneliti tulisan atau mendengar ucapan kemudianya akan memproses juga diminda dengan dilingkari informasi sedia ada dalam kepala atau masih tercari-cari untuk dihubungkan dengan sebarang pengalaman lampau yang melibatkan apa sahaja pemikiran mahupun perasaan maka bermulalah ia berpersepsi yang mungkin dilingkari sensasi yakni memberi makna kepada apa yang sudah dibaca dan didengar. Sedemikian yang ku tulis ini sekadar penjelasan ringkas salah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya beberapa pancaidera sedia ada, otak, tangan, mata, telinga yang akhirnya ke otak kembali. Peredaran mesej ini telah melalui aliran yang biasa bagi semua orang. Bagaimana rasanya lagi untuk kita menyampaikan apa yang berada dikotak pemikiran kita. Adakah hanya perkataan yang ditulis ataupun percakapan yang boleh didengar sahaja. Mungkin ada yang setuju dan besar kemungkinan para pembaca disini bukan disana langsung tidak bersetuju. Kerana anda mungkin menyatakan ada lagi yang boleh dikongsi. Apa ? cuba katakan. Bagaimana? cuba jelaskan.
Maka diruangan ini mungkin boleh diperkongsikan serba sedikit apa yang cuba aku perkatakan ini, Sebagaimana seketika bermula aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku terjemahkan kata-demi kata hingga boleh membentuk perkataan seterusnya ayat yang mempunyai makna. Bermulanya aku dengan sedikit klise,seterusnya merungkai pendapat dan akhirnya kini kalian cuba membuat pemikiran dan perasaan boleh disatukan dalam membaca apa yang cuba aku garapkan. Mahukah aku membiarkan ianya berlalu dengan kalian memikirkan dengan penuh perasaan, atau aku sekadar membiarkan segalanya menjadi ayat-ayat kaku tanpa aku sediakan persoalan untuk difikirkan.
Maka dipengakhiran ini aku ingin membuat sedikit ujaran bahawa pemikiran yang membentuk perasaan yang diterjemahkan oleh tulisan boleh juga diterjemahkan melalui percakapan dalam bentuk lafaz melafazkan. Setiap ranting mempunyai dahan dan setiap pokok barangkali mempunyai akar maka inilah bentuk komunikasi yang perlu dimahirkan. Mungkin bentuk lain yang perlu difikirkan ialah bagaimana yang dihadapan atau yang tak kelihatan boleh memahami apa yang kita fikirkan tanpa membaca tulisan malah tanpa mendengar apa yang kita lafazkan. Sudah tentu ianya tidak akan melalui pancaindera yang tersebut di atas lagi. Jadi mari sama-sama kita fikirkan apa yang patut kita persiapkan.
Khamis, 15 April 2010
PENGIKTIRAFAN DAN HARGA DIRI
Salam Sejahtera
Rata2 kita semua amat sukar melakukan perkara2 seperti :
Memuji orang lain
memberi penghargaan kepada orang lain
mengi’tiraf kelebihan orang lain
Mengaku salah
Meminta maaf kepada anak atau orang bawahan
Berterima kasih kepada anak atau orang bawahan
Memberi sedekah tanpa bertanya
Pengi’tirafan atau penghargaan bukan bermaksud pujian semata2. Seorang anak remaja, umpanya, akan merasa dihargai apabila ibunya melayannya bercakap apabila dia berbicara tentang perasaannya pada seorang gadis dalam kelasnya tanpa si ibu memperlecehkan usianya. Dia merasa dia dii’tiraf sebagai seorang dewasa. Melayan perbicaraan bukan bermakna kita mendorongnya melakukan perkara terlarang. Seorang anak yang biasa di’itiraf oleh ibubapa secara begini lebih mudah menerima nasihat berbanding dengan anak yang hanya mendengar perkataan ‘JANGAN’ dalam hidupnya.
Tetapi berapa ramaikah yang sanggup beratur panjang untuk mencapai “Academia Fantastica” dengan mencari pengi’tirafan dalam bidang akademik sebenar bukan fantasi?.
Mereka yang gagal mendapat penghargaan dalam bidang akademik akan membawa diri mencari penghargaan lain yang selalunya akan dicapai dengan memilih jalan yang salah kerana tiadanya orang yang memandu dengan baik. Jalan yang baik dan jalan yang salah terbentang luas sedangkan orang yang seharusnya memandu mereka tidak melakukan kewajipan mereka.
i. penghargaan dari orang lain2
ii. penghargaan dari sendiri
iii. penghargaan dari Allah
Isnin, 12 April 2010
wajah-wajah di tanah suci
merenung penuh kepastian - jemaah Turki di masjid nabi madinah |
bersama menikmati rizeki - rakaman malam kenduri di muzdalifah |
Banyak perkara yang membentuk peribadi seseorang. Namun begitu menurut HAMKA perkara yang pokok-pokok yang tidak boleh tidak adalah:
1. Daya Penarik
Selasa, 6 April 2010
Guru Agama VS Guru Matematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasa lama tidak menulis diruangan ini, pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan mungkin akan membuat kita rasa terharu ataupun terpinga-pinga adakah ianya berlalu begitu dihadapan pacaindera? .
Kini orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Mengapa saya kata begitu?
Jika mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.
Kita lihat situasi ini pula....
Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.
Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.
Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.
Sekadar renungan bersama..
~Dhiya~
Jumaat, 2 April 2010
Presentation Pics
Salam all..
Its my 1st contribution to this blog....huhu ampunssss :)
But anyway, thanx to all members who contributed much to brighten up our blog. Just got those presentation pics from Pak Din, sorry takes some time to upload it, hv convert it to smaller pix
Here are some 'scenes' during the presentation of project progress to the Management....enjoy!
Good job everyone!
Rabu, 24 Mac 2010
Whats the point
Salam KIKer. Such a long time not seeing you all.
As I watch inflight movie doh-kul ups in the air, I extract few things interesting to ponder about
1. leading n mentoring process
2. responsibility n accountability
3. works in relation to married, relationship n settle down
4. making the right decision
5. appreciation of people contribution
6. whats the meaning of brotherhood
Its very touchy because the story is all about works of sacking and alternative opportunity by termination consultant. very much related to me I think. I should be able to explain further detail while I am visiting my previous post, the arts of balancing...... jeragang
Isnin, 8 Mac 2010
Mohon ampun dan maaf
salam semua
Dalam kesempatan yang ada ini saya dan isteri memohon ampun dan maaf diatas apa jua kesalahan, kesilapan, kealpaan dan mana tingkah laku yang tidak sedap dipandang, tutur kate yang tak enak di dengar dan bual bicara yang lebih2.... kami dengan rela hati memaafkan mana yang terkilan dan kawasan yang lelebih tu. Pohon doa dan restu agar perjalanan kami di permudah, amalan kami di redhai dan ibadah kami di terima... insyaallah... jumpa lagi di penghujung rindu kami... jeragang
Ahad, 14 Februari 2010
Future of the World
I think this artical still releven even its been written a long ago.
Future of the world is the topic picked up by Nik and shahdeliklau after they discuss together on 29 Mei 2008. We decided to elaborate more on what is going to happen to this world that we living right now. The area of discussion is free and depends on ourselves. We agree that there is nothing wrong in view up our opinion.
As for me I realize that world is changing rapidly. I write down several areas that might be interesting to discuss. I am going to use English language so that I can improve my writing skill as well. Like people said “Throw birds with a stone”. As I learn to express out my opinion about the future world I also can polish and increase my ability to write in English.
Firstly I would like to imagine what gone to happen for the next 10years. The area that I would like to touch is regarding the wellness industry. People seem very adore about to make long living or to increase the life expectancy. Even the smokers also hope that they will life for 100 years. People in the world like to expand their age from 60 to 80. Moreover they also don’t want to be looked as an old man or women. So even nowadays people like to look after the Viagra, vitamins, additional health food. The industry will be expanded rapidly as the industry need to more research in most wanted herb or drug. Panadol as a great brand in Malaysia also looking forward to upgraded their medicine to be more relevance and introduce new tag line ‘active Fast’. Like others company also add some benefit by introducing and comply to the international standard such as by rebrand their production of medicine have been follow thru’ the Nano technology. My imagination is not all. I give the explanation and some example so that my statement can be rely on.
There is so many company claim that their product is really good with a GMP and JAKIM qualification. They claim everything such as, if we take this tablet we will become younger as the time goes by. Forever young. So for the next 10 years people will take more time to go shopping because they have to read every single thing written on the product. This is because the wellness industry is no longer concentrating on the medicine only but its has spread out including the household product. With this evidence I am surely the wellness industry will become one of the major industry in the world. Multilevel Marketing usually been used as a right vehicle to market the product and soon the supermarket also take the advantage to promote the product in their outlet. Before this we only can have Gano Café thru’ the agent but soon the product will be sold in supermarket or hypermarket. Actually there much more I would like to discuss regarding the wellness industry. So the conclusion I would like to say that 10 years from now the manufacturing industry will be second class then the wellness industry. People would not buy tv or fans but they rather spend their money to buy age to add up their ages so that they can live longer. If this could be happen people of the world will be more and more. Death is the most horrible word to be heard.
Therefore my first comment on the future of the world is about the changing of the industry. People would seek any element that compliment to their desire which is to live longer.
shahdeliklau
Jumaat, 12 Februari 2010
SEKETIKA BERMULA DAN BERAKHIR.
Seketika bermula pelbagai rasa yang kita rasakan. Ketika mana sesi komentar dibuka, kita disinggahi pelbagai persoalan, cetusan, gerutukan menyinggahi minda. Kita menggagahi sedikit reponds bertunjangkan kepada pokok tunggangan. Kita gambarkan apa yang sepatutnya diyakini oleh pendengar serta mereka yang berada dihadapan. Aku sendiri berhadapan dengan berita kematian, telefon kecemasan kerana audit telah datang dan mahu memulakan. Demi Impian kuteruskan juga.
Benarlah apa yang kita rancangkan seolah tiada deru kepercayaan dan alunan keyakinan yang mampu untuk kita tiupkan pada halwa mereka bagi menggetarkan hati untuk mengiakan. Namun.... haruskah kita bersedih, haruskah kita berhenti seketika untuk jangka masa yang lama dalam merungkaikan bagaimana mereka rasa, untuk melihat bagaimana mereka memandang, untuk memegang bagaimana mereka menyentuh malah untuk mendengar apa yang mereka fahami. Perlukah kita menjanjikan mereka selangit harapan, seribu impian agar segala persoalan yang dibangkitkan boleh membuat mereka suka sakan.
Bagi aku pelbagai persoalan yang ditimbulkan seakan suatu andaian, lebih ke arah satu serkapan malah menerjah ia semacam mahu melekehkan. Dinyatakan, diutarakan malah dijelaskan bahwa kita hampir tersesat namun dengan pantas kita kembali ke pangkal jalan. Nah, bukankah lebih baik kita kerana telah memulakan perjalanan.
Persembahan yang tak seiringan, kicauan yang bersimpangan namun bukankah nada telah diciptakan, bukankah kata telah digarapkan. Mana bisa laut dan kemasinan dipisahkan lagu dan irama malah telah kita sepadukan. Mana tempua lainnya, sedangkan kita telah bersarang tinggi dengan terhasilnya melodi. Bukankah perbandingan perlu kepada sandaran.
Namun janganlah bersedih kerana ada kritikan, jangan berlengah kerana ada terjahan dan perbandingan yang tidak sezaman. Perlukah kita menunggu untuk kita kembali dikursuskan yang hanya melibatkan sebahagian. Perlukah menunggu sehingga ada sumber kewangan, perlukah menanti sehingga mereka difahamkan. Perlukah kita kepada satu perhentian sehingga semua ini diblueprintkan “Kami Pencakna Sumber” bukankah itu yang sering kita laung-laungkan. Bagaimana untuk kita merasa kenyang andai kita belum pernah sekali merasa kelaparan.
Mari kita teruskan agenda perkumpulan, berjumpa, menganalisa, berperang tanpa sekatan. Kita luahkan tanpa rasa takut untuk tidak diendahkan, kita dialogkan segala ketidakpuasan, kita selesaikan segala persoalan tanpa curiga akan dikesampingkan. Malah kita mampu usulkan pelbagai teknik penyelesaian, bermacam kaedah kita hasilkan, bertingkat solusi kita halusi dan semoga kita sentiasa saling memotivasi.
Seketika berakhir terima kasih atas kritikan, sesungguhnya membina ia akan keyakinan, membangun kukuh akan kesepakatan, Apakah anda mengira apa yang dihasratkan akan hancur, apakah anda merasa apa yang citakan akan lebur. Tidak sesekali tidak malah ianya akan terus harum subur sebagaimana dipatrikan dalam “Impian yang Luhur”.
Marilah kita fikirkan;
“ Kepada orang-orang yang sangat sensitif terhadap kritikan perlu menuangkan apa saja yang sejuk ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yang pedas dan menyengat”
“Maka marilah kita hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian”
Mutiara kata;
Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
LA Tahzan.
Sign : shahdeliklau
Selasa, 9 Februari 2010
THE ARTS OF BALANCING
Planning and implementing development program in Malaysia require special attention on their people. Needless to say you must consider the requirement of multi-ethnic society living on Malaysian soil. For each and every community having their own requirement and more often than not they are very difference from the others. However weather they like it or not all of them must continueously learn how to live togather and cooperate to each other in maintaining the harmony. The arts of balancing must always be the main skill needed by the political parties operated in Malaysia in securing community support. Some of them put forward long term strategies in monitoring implementation.
As food for thought I extract some thought from MCA, THE MALAYSIAN CHALLANGES - Strategies for Growth and Development.... please think out of box ......
" It is important to assure both Bumiputeras and non-Bumiputeras that their positions will not be worse off if system of quotas are abandoned and replaced by new basis of sharing based on merit and needs. We must learn to move away from the zero sum mentality that if someone wins, another loses. We need to build trust and confidence in a new system that can strengthen genuine multi-racial corporation, such that with greater cooperation, all sides can win. Let us therefore work to break down artificial barriers that devide us. Let us not be hemmed in by narrow streotyped thinking. Let us be bold and visionary enough to build a better Malaysia, where trust displaces mistrust, where cooperation replaces suspicion and where there is peace, stability and harmony in the 1900s and beyond. More importantly, it is time we move away from the stage of well-intentioned rhetoric to a stage of mutual action. Lets us not let this historic opportunity slip by - an opportunity to build a nation, united and strong. "
This is extracted from paper in proceding of MCA seminar held in octover 1989.. during the time political tsunami was unthinkable and concept 1 Malaysia still not come across our mind... now its up to you young guys to digest and making good out of the food I prepared for.... do you think 1 Malaysia concept is the jouney to realised our dream? .... let works on it togather.... as what the oldie waiting for, long long time, of course including this not too old man called.... jeragang
Selasa, 2 Februari 2010
Apa Ku Rasa
Ku renung gambarmu pada potret kenangan. Ku imbas segala kepadatan lalu bagi mengisi ruang kosong yang kian menghimpit rasa dalam jiwa. Keindahan yang sirna tatkala disinari mentari pagi, tersejat, ringan tanpa melekat yang akhirnya terangkat dari tempat di mana sepatutnya ia beristirihat.
Bagaimana lagi harus ku terjemahkan rasa terlalu ingin dicintai. Namun pastinya yang mencintai pasti akan rasa terikat yang dicintai dibiar bebas lepas.
shahdeliklau
INDEKS TINGKAH LAKU PENGALAH DIRI
Membandingkan diri dengan orang lain
Membuat ekpektasi yang tidak realistik
Menjangka keputusan yang akan hadapi negatif
Memberi maklum balas yang menyakitkan hati
Membuat tahap kemampuan diri yang tidak munasabah
Syak wasangka yang melulu
Berpendapat orang lain menyebabkan kesukaran yang dihadapi
Mengimbau peristiwa pahit yang lalu
Memunipulasi kenyataan dan data
Mencari alasan atau helah
Menyerang secara verbal atau fizikal ( bertekak/bertumbuk)
Merokok tidak putus-putus
Menggunakan dadah atau alkohol untuk melupakan sesuatu
Menipu atau mungkir janji
Berjudi atau memperjudikan sesuatu
Ketawa dan menangis bukan pada masanya
Menanguhkan kerja
Makan berlebihan
Gagal menyempurnakan tugas atau tanggungjawab
Meradang atau memaki hamun
Tidak kisah atau tidak mahu ambil tahu
Menyibukkan diri
Menyalahkan kepada takdir
Ungkit kesilapan orang lain
Bermati-matian mempertahankan diri.
luhurnya budi seindah bahasa
Pagi nie chanel kegemaran saya klasik nasional 98.3 fm menyiarkan lelagu yang indah, membuka minda dan mencetus dorongan intelektual. Saya suka berkongsi serangkap lirik. Niat saya bukan hanya sekadar visual mata tetapi ingin merangsang daya fikir dan ketajaman minda para KIKer budiman.... cuba lah hayati...
kelip kelip ku sangkakan api
sinar mentari melebari cahaya
kau hilang ghaib sangkaku kau mati
rupanya sekadar nak menduga
Pilihan dan susunan seni kata bagi saya adalah gambaran hati budi masyarakat kita. Penyusun tidak mengikut loghat yang biasa diguna... perhatikan, 'ku sangkakan api' berbanding dengan 'sangkaku kau mati' . mengapa di guna 'rupanya sekadar nak' tidak 'rupanya kau mahu' atau 'kau hendak' atau 'kau nak'. Perkara ini pada fikiran saya membabitkan soal nilai, perasaan dan penghormatan. Bagaimana pula kata seniman kumpulan fiqir, Aizat? Walau apa pun, yang jelas penyusun tidak mahu ungkapan beliau disalah faham dan dirinya pula tidak mahu berburuk sangka.
Begitulah realiti masyarakat intelek kita yang sejati. Sentiasa menjaga keharmonian dan perasaan orang lain. Kata orang tetua mengikut resmi padi. Kita selalunya memberi penghormatan kepada kehebatan dan kebolehan orang. Selalu sanggup mengendurkan keakuan diri sendiri. Oleh yang demikian tidak hairanlah kalau kita begitu senang menerima pendapat, ide atau pandangan orang luar dan mudah bertolak ansur. Kalau pun mahu bertolak ansur dan berkompromi jangan sampai dihimpit hingga ke sudut dinding. Bagaimana pun yang tidak boleh hilang haluan ialah...... jeragang
Isnin, 18 Januari 2010
Apa itu nasi himpit?
Selamat pagi semua para pembaca..hari ni isnin 18 januari 2010 seperti biasa aku memulakan tugas-tugas yang di beri atau pun membuat tugas yang tertangguh..tetapi disini lebih tertarik berkongsi pengalaman yang saya lalui semalam..jeng2..
Siapa yang minat nasi impit?Nasi Impit adalah sejenis makanan tradisional Melayu. Sama je mcm nasi putih biasa tu cuma bezanya nasi impit ni dihimpit dlm plastik sampai padat giler². Sebab tula nama dia Nasi Impit kot. Hehe..Semua yg tinggal kat 1 Malaysia pasti tahu kewujudan makanan ni kan? Tak kisahlah Melayu ke Cina ke India ke. Mereka semua pasti pernah mkn nasi impit. Yela, nasi impit bukan je ade time hari raya je. Bila-bila masa je kita bleh mkn nasi impit. Yg instant byk dijual kat supermarket. Bagi yg teringin nak mkn tapi malas nk masak tu still bleh dpt nasi impit ni dgn mudah. Pegi je mana² stall yg ade jual satay. Wajib ade nasi impit sbg pelengkap menu satay. Kalau time raya pulak biasanye nasi impit ni dimakan bersama rendang dan lontong. Memang delicious lah. Hehe :D
Haa..bagi saya ni la 'nasi impit' yg sebenar. For the first time ever, aku mendapat 'kenikmatan' 'nasi impit' yg sebenar. Huhu.. Haa ni lah citer sebenar....
Semalam, saya n wife tunggu LRT kat Serdang. Tup² sampai je kat platform atas tu, aku tgk ramai giler manusia tgh tunggu tren. Bukanlah maksud aku sebelum ni tak penah ramai camtu. Yela, time2 minggu orang ramai ambil kesempatan bersiar-siar. Tapi kali ni ramai tahap maksimum. Penuh platform tu sampai saya tak boleh nak lalu. Terpaksa mencelah² nak beratur. My God!
Pulak tu, tren delay pulak. Suppose every 2mins tren akan sampai. Ni tak. Dekat 10min gak la baru sampai. 1st tren sampai, penuh. Aku tak dapat naik. Then 2nd tren, masih tak dpt naik. At last, sampai la tren baru yg ade 4 coach tu. Barulah aku dpt naik. Org² kat situ pun ape lagi. Berebut² nak naik tren tu. Sampai penuh giler² la dlm tren tu. Seriously, inilah kali pertama tren 4 coach tu penuh, padat, sendat segala-gala dat lagi lah. Huhuhu
Dr Serdang sampailah ke Midvalley, masih lagi penuh dgn manusia. Lepas stesen kl sentral barulah aku dpt bernafas sikit. Haihhh.. memang mcm nasi himpit..hihi..sekian:P
Rabu, 13 Januari 2010
Social innovation
I dont have the luxery of time to think and write my thought here but from my reading I found something for you all to consume. I extract this from Social Edge artical, one of many social media interaction flatform that I join as a member. Hopefully KIKer can benefit from what our friends in Africa thinks about.....
Gen-Y: The Social Innovation Generation
by Social Edge — last modified Nov 17, 2009 11:07 AM Hosted by Saul Garlick (November 2009)
My generation doesn’t want to “paint a wall” or “pile bricks” in the developing world. Generation Y wants to do more.
Generation Y’s thirst is to create something lasting that works – sustainable projects that will continue to affect the lives of those in rural communities for years to come. My generation is creating a daycare center in South Africa that will attract students by providing lunch that it grows in its own garden.
My generation wants to create something from conception to completion – from design to implementation. My generation is creating a demonstration farm complete with a solar drip irrigation system that connects rural Kenyan farmers with modern farming technologies to replicate on their own land.
My generation wants to incorporate what it learns from its experience abroad about leveraging community resources to create sustainable development into its careers – as policymakers, as entrepreneurs, as eventual philanthropists.
The Associated Press this month reported: “Parents in some of Africa's poorest countries are cutting back on school, clothes and basic medical care just to give their children a meal once a day.”
To address these issues, funds abound, but social change does not. Young people provide an untapped resource to redirect this ineffectual course. Their idealism and open-mindedness to new solutions create opportunities to empower communities to develop and own solutions to poverty. Generation Y is the generation of social innovation.
When I started ThinkImpact, an organization that has connected American college students and recent graduates from dozens of campuses nationwide with rural villages abroad to help reduce poverty through designing and implementing innovative projects, everyone had doubts that we’d be able to attract the best and the brightest to leave home for a year, to live in what are sometimes literal mud huts and to succeed in creating something sustainable. But there’s no shortage of young people – members of Generation Y – who want to alleviate poverty – as a career.
How can the next generation of funders better meet the demand for funding long-term projects, instead of short-term experiences?
How can we provide real opportunities for career development for these recent graduates when they are living in some of the most remote locations to help them go from their experience abroad to a career in development and social innovation?
How can we improve the “paint a wall programs” that currently exist and integrate them into new programs that allow more ingenuity and a longer term commitment, and thereby better suit Generation Y?
Dont just enjoying you reading but thinks of something in smilar line for our one and the only 1Malaysia - jeragang
Jumaat, 8 Januari 2010
Duta Peribahasa
Seingat saya, Karam Singh lah satu-satunya pengantara atau 'selibriti' TV yang sehingga hari ini konsisten berpantun simpulan bahasa yang menjadi 'Trademark' beliau, selain daripada mengangkat tangan (saya difahamkan rakan-rakan beliau di TV3 sering meneka berapa kali beliau angkat tangan kiri apabila bercakap! hehe..
Katakanlah beliau keudara selama 5 hari seminggu. Sebulan lebih kurang 4 minggu x 5 hari = 20 hari. Dalam setahun 20 hari x 12 = 240 hari. Beliau telah keudara, tidak kurang daripada 10 tahun. Jadinya, beliau telah membaca sebanyak 2400 peribahasa (240 x 10). Itu kiraan mudah dan kasar saya. Mungkin kurang dan mungkin juga lebih, namun ia mengalahkan penggunaan peribahasa Melayu ini oleh orang Melayu sendiri.
Walau bagai mana pun, sekiranya itulah bilangan peribahasa yang telah En Karam Singh Walia siarkan, beliau selayaknya di nobatkan sebagai tokoh peribahasa Melayu. Atau sekurang-kurangnya Duta Peribahasa.... Wallahu'alam.( Seingat saya beliau pernah memenangi anugerah berkaitan anjuran UPM tahun lepas.)
-DhIya~
Khamis, 7 Januari 2010
Warna warni Pelangi Kehidupan
Kalau kita seorang guru tanggungjawab kita adalah menyediakan laluan untuk anak didik menjalani penerokaan. Adakalanya apabila mereka lemah, kita perlu memimpin tangan mereka untuk terus berjalan. Adakalanya ketika mereka terjatuh, kita bangkitkan mereka kembali dengan sabar. Adakalanya ketika mereka terluka, kita membantu membalut luka itu dengan kasih sayang. Mereka adalah pewaris kita dan berilah mereka segala yang diperlukan agar mereka lebih hebat diri kita suatu hari nanati. Kita doakan mereka terus berjalan dan berjalan. Dalam hati kita pegang teguh hidup biarlah berjasa dan mati biarlah dalam iman.
4. Proses mempelajari
Usah mudah merajuk dan berkecil hati kerana dunia ini kecil saja tetapi tanggungjawab kita sangat besar dan memerlukan jiwa yang besar untuk memikulnya.
Ia melengkari alam