PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Isnin, 18 Januari 2010

Apa itu nasi himpit?


Assalamualaikum..all members KIK..

Selamat pagi semua para pembaca..hari ni isnin 18 januari 2010 seperti biasa aku memulakan tugas-tugas yang di beri atau pun membuat tugas yang tertangguh..tetapi disini lebih tertarik berkongsi pengalaman yang saya lalui semalam..jeng2..

Siapa yang minat nasi impit?Nasi Impit adalah sejenis makanan tradisional Melayu. Sama je mcm nasi putih biasa tu cuma bezanya nasi impit ni dihimpit dlm plastik sampai padat giler². Sebab tula nama dia Nasi Impit kot. Hehe..Semua yg tinggal kat  1 Malaysia pasti tahu kewujudan makanan ni kan? Tak kisahlah Melayu ke Cina ke India ke. Mereka semua pasti pernah mkn nasi impit. Yela, nasi impit bukan je ade time hari raya je. Bila-bila masa je kita bleh mkn nasi impit. Yg instant byk dijual kat supermarket. Bagi yg teringin nak mkn tapi malas nk masak tu still bleh dpt nasi impit ni dgn mudah. Pegi je mana² stall yg ade jual satay. Wajib ade nasi impit sbg pelengkap menu satay. Kalau time raya pulak biasanye nasi impit ni dimakan bersama rendang dan lontong. Memang delicious lah. Hehe :D


Uikss ..nape dgn org² ni? Dorg nak beli nasi impit ke?


Haa..bagi saya ni la 'nasi impit' yg sebenar. For the first time ever, aku mendapat 'kenikmatan' 'nasi impit' yg sebenar. Huhu.. Haa ni lah citer sebenar....

Semalam, saya n wife tunggu LRT kat Serdang. Tup² sampai je kat platform atas tu, aku tgk ramai giler manusia tgh tunggu tren. Bukanlah maksud aku sebelum ni tak penah ramai camtu. Yela, time2 minggu orang ramai ambil kesempatan bersiar-siar. Tapi kali ni ramai tahap maksimum. Penuh platform tu sampai saya tak boleh nak lalu. Terpaksa mencelah² nak beratur. My God!


Pulak tu, tren delay pulak. Suppose every 2mins tren akan sampai. Ni tak. Dekat 10min gak la baru sampai. 1st tren sampai, penuh. Aku tak dapat naik. Then 2nd tren, masih tak dpt naik. At last, sampai la tren baru yg ade 4 coach tu. Barulah aku dpt naik. Org² kat situ pun ape lagi. Berebut² nak naik tren tu. Sampai penuh giler² la dlm tren tu. Seriously, inilah kali pertama tren 4 coach tu penuh, padat, sendat segala-gala dat lagi lah. Huhuhu


Dr Serdang sampailah ke Midvalley, masih lagi penuh dgn manusia. Lepas stesen kl sentral barulah aku dpt bernafas sikit. Haihhh.. memang mcm nasi himpit..hihi..sekian:P





Rabu, 13 Januari 2010

Social innovation

I dont have the luxery of time to think and write my thought here but from my reading I  found something for you all  to consume. I extract this from Social Edge artical, one of many social media interaction flatform that I join as a member. Hopefully KIKer can benefit from what our friends in Africa thinks about.....

Gen-Y: The Social Innovation Generation
by Social Edge — last modified Nov 17, 2009 11:07 AM Hosted by Saul Garlick (November 2009)

My generation doesn’t want to “paint a wall” or “pile bricks” in the developing world. Generation Y wants to do more.
 
Generation Y’s thirst is to create something lasting that works – sustainable projects that will continue to affect the lives of those in rural communities for years to come. My generation is creating a daycare center in South Africa that will attract students by providing lunch that it grows in its own garden.

My generation wants to create something from conception to completion – from design to implementation. My generation is creating a demonstration farm complete with a solar drip irrigation system that connects rural Kenyan farmers with modern farming technologies to replicate on their own land.

My generation wants to incorporate what it learns from its experience abroad about leveraging community resources to create sustainable development into its careers – as policymakers, as entrepreneurs, as eventual philanthropists.

The Associated Press this month reported: “Parents in some of Africa's poorest countries are cutting back on school, clothes and basic medical care just to give their children a meal once a day.”

To address these issues, funds abound, but social change does not. Young people provide an untapped resource to redirect this ineffectual course. Their idealism and open-mindedness to new solutions create opportunities to empower communities to develop and own solutions to poverty. Generation Y is the generation of social innovation.

When I started ThinkImpact, an organization that has connected American college students and recent graduates from dozens of campuses nationwide with rural villages abroad to help reduce poverty through designing and implementing innovative projects, everyone had doubts that we’d be able to attract the best and the brightest to leave home for a year, to live in what are sometimes literal mud huts and to succeed in creating something sustainable. But there’s no shortage of young people – members of Generation Y – who want to alleviate poverty – as a career.

How can the next generation of funders better meet the demand for funding long-term projects, instead of short-term experiences?
How can we provide real opportunities for career development for these recent graduates when they are living in some of the most remote locations to help them go from their experience abroad to a career in development and social innovation?
How can we improve the “paint a wall programs” that currently exist and integrate them into new programs that allow more ingenuity and a longer term commitment, and thereby better suit Generation Y?  
 Dont just enjoying you reading but thinks of something in smilar line for our one and the only 1Malaysia - jeragang 
                                                                       

Jumaat, 8 Januari 2010

Duta Peribahasa

                                    Malam rabu lepas berita saluran TV3, ada rancangan aduan rakyat.
Rancangan baru kelolaan Karam Sing Walia yang kata abang saya: "Dia itu pandai buat pantun, Kami sekeluarga suka dengar dia baca pantun". (Sebenarnya peribahasa atau pantun peribahasa)
Seingat saya, Karam Singh lah satu-satunya pengantara atau 'selibriti' TV yang sehingga hari ini konsisten berpantun simpulan bahasa yang menjadi 'Trademark' beliau, selain daripada mengangkat tangan (saya difahamkan rakan-rakan beliau di TV3 sering meneka berapa kali beliau angkat tangan kiri apabila bercakap! hehe..
Rancangan semalam adalah satu penghargaan kepada beliau. (Saya tidak ingat sama ada beliau pernah mempunyai rancangan sendiri sebelum ini) Selepas beberapa tahun keudara sebagai wartawan dalam slot alam sekitar di berita, kali ini beliau mempunyai rancangan sendiri. Tahniah!

Saya tidak lah mengikuti atau mengingati peribahasa yang beliau sampaikan setiap penghujung liputan beliau, namun saya terfikir, tidak pernah habiskan peribasa Melayu yang beliau baca? Atau sekurang-kurangnya peribahasa yang berkaitan dengan liputan beliau.

Katakanlah beliau keudara selama 5 hari seminggu. Sebulan lebih kurang 4 minggu x 5 hari = 20 hari. Dalam setahun 20 hari x 12 = 240 hari. Beliau telah keudara, tidak kurang daripada 10 tahun. Jadinya, beliau telah membaca sebanyak 2400 peribahasa (240 x 10). Itu kiraan mudah dan kasar saya. Mungkin kurang dan mungkin juga lebih, namun ia mengalahkan penggunaan peribahasa Melayu ini oleh orang Melayu sendiri.
Walau bagai mana pun, sekiranya itulah bilangan peribahasa yang telah En Karam Singh Walia siarkan, beliau selayaknya di nobatkan sebagai tokoh peribahasa Melayu. Atau sekurang-kurangnya Duta Peribahasa.... Wallahu'alam.( Seingat saya beliau pernah memenangi anugerah berkaitan anjuran UPM tahun lepas.)


-DhIya~

Khamis, 7 Januari 2010

Warna warni Pelangi Kehidupan


Kita melaui proses kehidupan yang sudah ditetapkan. Pengalaman pahit yang mahal harganya itu rupanya menjurus kepada jenis insan apa kita sudahnya. Meletakkan harga tinggi atau harga rendah kepada pengalaman itu terpulang kepada cara kita berfikir tentang hidup.

Beberapa bulan yang lepas saya bertemu dengan seorang usahawan yang terkenal selepas selesai sesi ceramahnya. Penganjur meminta saya untuk melayannya sebagai tetamu di meja makan. Saya tidak sabar untuk bercerita dengannya kerana dia adalah rakan sepermainan sewaktu zaman kami sama2 susah waktu kecil. Dulu sama2 main bola bersama-sama. Selepas tingkatan 5 dia meneruskan pelajaran ke luar negeri dan selepas itu kami tidak pernah bertemu lagi. Saya mengkagumi kehebatannya yang telah berjaya dalam perniagaan walaupun pernah dibesarkan dari golongan orang yang susah. Saya memperkenalkan diri, cuba membawa ingatannya kembali kepada nostalgia lama zaman kanak2 dulu. Agak susah untuk dia mengingati saya dan setelah memberi pelbagai ’hint’ barulah dia ingat. Itupun dengan gaya yang agak berat untuk bercerita lebih lanjut tentang zaman silam kami. Dia lebih minat bercerita tentang kehidupannya kini sebagai usahawan. Dengan sedikit kecewa kerana menyangka dia juga ‘excited’ bertemu dengan kawan lama, akhirnya saya simpulkan tidak semua orang suka mengingati kisah duka dahulu dan tidak semua orang mahu masa lampaunya diketahui orang apalagi setelah berada di tahap yang tinggi.

Warna-warni kehidupan boleh saja menjadi pelangi atau menjadi igauan ngeri. Sewaktu ia menjadi pelangi kerap kita terlalai. Dalam menikmati indahnya pelangi kadang2 kita terlupa rumput yang dipijak menangis kesakitan.

Tujuh warna pelangi itu adalah pecahan dari warna putih. Ia tidak sama dengan warna2 cat kerana apabila pelabagai warna cat dcampurkan ia akan menjadi warna hitam. Cahaya2 pelangi tidak begitu. Apabila digabungkan melalui prisma ia akan kembali menjadi warna putih menerangi alam. Antara cahaya dan cat sangat jauh bezanya sejauh bezanya warna hitam dan warna putih. Begitulah juga kehidupan kita, kita boleh memilih samada kita mahu ia dicorakkan oleh warna cahaya atau oleh warna cat.

Kalau setiap pengalaman hidup itu, samada pahit atau manis, kita anggap ia sebagai warna pelangi, kita tidak akan kecewa kerana kita tahu suatu ketika nanti apabila kita melihatnya kembali kita akan menikmati keindahannya sebagaimana kita melihat keindahan pelangi.

Sebaliknya kalau kita menganggap pengalaman itu seperti warna cat yang mewarnai kehidupan, kita akan kecewa, kerana bak sifatnya warna cat, suatu masa nanti setelah warna2 itu bergabung akhirnya menjadi hitam dan kita akan berada dalam kegelapan.

Untuk menjadi pelangi yang indah, setiap warna itu perlu mempunyai gelombang yang tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang kerana kalau tidak ia akan menjadi warna lain dan pelangi tidak tebentuk. Pelangi berlaku selepas hujan. Ia perlu ada matahari untuk memberi cahaya, ia perlu titis2 hujan untuk menyerakkan cahaya putih kepada 7 warna pelangi. Cahaya putih matahari akan memasuki titis2 hujan lalu terpancarlah pelangi yang melengkung membelah alam.

Sama juga dengan kehidupan, setiap kejadian yang berlaku dalam hidup itu sudah ditentukan Allah. Kita tidak perlu mendesak Allah untuk mengubahnya.Kita hanya boleh berdoa dengan lembut dan tulus. Sebelum mencapai kejayaan kita perlu melalui pelbagai ranjau dan ujian, dan kita juga perlu pedoman. Ranjau itu ibarat titis2 hujan dan pedoman itu ibarat cahaya matahari sewaktu menghasilkan pelangi.

Dalam mendidik pelajar saya selalu mengatakan kepada mereka bahawa pembentukan peribadi seorang insan yang hebat biasanya apabila ia sedia melalui sekurang-kurangnya 5 proses kehidupan:
1. Proses Meneroka

Allah membentangkan alam ini untuk kita teroka. Kita dibekalkan dengan akal, Al Qur’an dan sunnah Rasulullah saw. Usah takut sekiranya langkah kita tersalah kerana pengajaran yang paling melekat dihati kita adalah pengajaran dari kesilapan.
Peraturannya ialah: terokalah hidup ini tetapi jangan menyakiti makhluk Allah walaupun seekor semut yang halus.

Usah menunggu apa2 yang disangka datang menggolek. Itu bukan meneroka namanya. Orang yang hanya menunggu tanpa melakukan sesuatu di akhirat nanti akan menangis kerana waktu terus meninggalkannya dan tidak mungkin akan kembali walaupun sesaat. Kalaulah masa itu boleh bercakap ia akan mentertawakan kita sambil berkata, “Bodohnya orang ini yang masih menunggu-nunggu aku sedangkan dia tahu aku terus berlari laju dan tidak pernah menunggunya.”

Usah takut pada rintangan dan kesusahan kerana tanpa itu semua kita tidak akan menjadi kuat. Dalam setiap rintangan dan kesusahan bukankah Allah tidak pernah berhenti memerhatikan kita dan Allah juga sudah berjanji yang kita tidak akan dibebankan dengan apa yang kita tidak mampu menanggungnya.

Kalau kita seorang guru tanggungjawab kita adalah menyediakan laluan untuk anak didik menjalani penerokaan. Adakalanya apabila mereka lemah, kita perlu memimpin tangan mereka untuk terus berjalan. Adakalanya ketika mereka terjatuh, kita bangkitkan mereka kembali dengan sabar. Adakalanya ketika mereka terluka, kita membantu membalut luka itu dengan kasih sayang. Mereka adalah pewaris kita dan berilah mereka segala yang diperlukan agar mereka lebih hebat diri kita suatu hari nanati. Kita doakan mereka terus berjalan dan berjalan. Dalam hati kita pegang teguh hidup biarlah berjasa dan mati biarlah dalam iman.

Sebagai guru juga usah mengharapkan apa2 dari mereka walau sekadar ucapan terima kasih. Waktu mereka berjalan jauh di hadapan amat jarang mereka akan melihat kita di belakang…. maka relakan pemergian mereka.

2. Proses Mengenalpasti

Penerokaan akan sia2 jika kita tidak melakukan pengamatan dan berfikir. Kenali setiap nilai yang kita temui dengan akal dan budi. Pastikan yang buruk itu tidak bercampur dengan yang baik. Otak anugerah Ilahi yang kecil ini punya kapasiti yang sangat besar, namun ia akan kekal kecil jika tidak digunakan untuk proses mengenal dan memasti sesuatu nilai yang ditayangkan dalam layar kehidupan.

Peraturannya ialah …buka minda seluasnya2, bersihkan hati sebersih-bersihnya, serahkan diri kepada Allah setulus-tulusnya.

3. Proses mengerti/ memahami

Fahami erti kehidupan. Cuba menegerti setiap nilai yang tersirat melalui minda yang terbuka dan jiwa yang besar. Ketepikan setiap su’ul zhan dan bertindak seadi-adilnya kerana ia akan menentukan paradigma yang akan menguasai pemikiran kita seterusnya.

Peraturannya ialah buang segala tabiat buruk yang menutup hati untuk memberi laluan cahaya. Hanya hati yang bercahaya saja yang boleh mengerti sesuatu dengan sempurna.

4. Proses mempelajari

Tanda kita manusia ialah kita boleh mempelajari dari apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Namun ingat kata pepatah melayu

Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Peraturannya ialah bertanya kepada yang lebih tahu, usah berlagak mengenepikan guru.
5. Proses melaksanakan.

Tanda kita manusia ialah kita mudah lupa. Apa yang anda baca sekarang belum tentu anda boleh mengingati 10% dari isinya selepas 10 minit dari sekarang. Setiap apa yang dipelajari perlu dipraktikkan segera.

Peraturannya ialah biasakan diri terus mempraktikkan dan mengulang2 apa yang dipelajari.

Usah mudah merajuk dan berkecil hati kerana dunia ini kecil saja tetapi tanggungjawab kita sangat besar dan memerlukan jiwa yang besar untuk memikulnya.


SIRAT PELANGI

Rintik-rintik hujan semalam
Adalah bicara antara dua alam
Pertemuan rintik hujan dan biasan mentari
lahirlah jalur2 pelangi nan indah
Dari satu menjadi tujuh
Dari tujuh menjadi satu
Ia melengkari alam
Membantuk sirat entah siapa yang bisa lalu
Dalam pesona mata ia menghilang
Meninggalkan seribu bicara
Bersama rindu mendayu
Rintik-rintik hujan itu bisa saja kembali

Tetapi……
Di manakah jalur pelangi
Mungkinkah pelangi bisa hadir lagi?
Tidak, tanpamu mentari
Pelangi cuma akur pada hukum Ilahi


Oh Tuhan…
Tiada nikamatMu yang bisa ku nafikan kini
Rintik hujan boleh ditadah
Tapi tak upaya aku menggenggam pelangi nan indah
Ilahi, …aku pasrah
Temukan aku dengan mentari
Agar sirat pelangi akan kekal abadi .

Minda Yang Terkunci


Anak Saudara saya, Hanif, seperti biasa akan mengulang2 membilang jumlah perkataan dalam karangan yang disuruh cikgu. Itulah yang berlaku setiap kali dia menulis essei “Cikgu kata perenggan pertama kena buat pengenalan. Kena ada 3 ayat, tak boleh kurang, tak boleh lebih……. Kena ada 6 perenggan. Kalau tidak nanti cikgu potong markah. Tiap2 perenggan…bla bla bla.”

Hampir dua puluh empat tahun yang lalu pun saya melakukan perkara yang sama seperti anak saudara saya. Bermakna sudah lebih 20 tahun kaedah cikgu mengajar menulis karangan masih tidak berubah. Sangat ‘structured’, terkongkong dengan pelbagai peraturan ketat. Sedangkan apabila mereka membaca buku cerita peraturan itu tidak pula diikuti oleh penulis.

Murid, guru dan kita semua sebenarnya sama saja, terikat dengan peraturan yang kadang2 sebenarnya tidak wujudpun. Dalam setiap urusan, kita seolah2 berada dalam situasi yang dikawal rapi oleh seorang pengawal bengis dengan rotan di ditangan memaksa kita mengikut kebiasaan orang2 yang terdahulu. Tidak ada peluang untuk memberanikan diri untuk melakukan perubahan walaupun hanya perubahan kecil.

Dalam masa proses membesar pula, anak2 kita sangat banyak mendengar perkataan”JANGAN” yang dijeritkan kepada mereka berbanding dengan perkataan “SILAKAN” yang diucapkan dengan lembut.

Tidak cukup di sekolah, di universiti pun pelajar kadang2 dipaksa mengikuti struktur pembelajaran yang mengongkong perkembangan minda. Ia disebabkan ada pensyarah amat taksub dengan cara pensyarah mereka dahulu meggunakan kaedah yang sama kepada mereka. Akhirnya terbantutlah inovasi dan kreativiti dan akhirnya daya fikir graduan pun semakin lama semakin lemah.

Terfikir dalam kepala kita satu persoalan “ Are we teaching them for THEIR TOMORROW, or are we teaching them for OUR PAST?“….mengajar mereka untuk masa depan mereka atau untuk masa silam kita.

Saya amat mengkagumi 2 tokoh yang enggan memberi markah dalam peperiksaan sekiranya pelajar memberi jawapan sama dengan nota kuliah yang diberinya. Mereka mahu jawapan yang di luar dari nota bagi menunjukkan pelajar itu membaca buku dan menggunakan daya fikir. Mereka adalah Pn. Azizah yang pernah mengajar saya subjek Undang-undang semasa di Kuis dulu dan seorang lagi ialah Ustaz Mohd Farid Ravi. ( Sure kowg kenal dia nih:P)
Konsep ”critical thinking” atau pemikiran kreatif yang sebenar hanya difahami oleh sebahagian pelajar sahaja yang cukup bernasib mendapat pendedahan pembelajaran yang betul. Sedangkan sebahagian pelajar kita di IPT memahami konsep ‘critical thinking’ bermaksud berani mengkritik orang lain. Kalau mereka hendak mengkritik, mereka akan lakukan dengan penuh semangat dalam majlis menentang lawan ketika berada dalam kelompok yang ramai penyokong dan akan merasa hebat apabila yang dikritik tidak boleh menjawab. Tetapi apabila diajak berbincang secara peribadi mereka gagal berhujah secara berkesan.

Mereka yang kurang berani bersuara secara terbuka akan melakukannya dalam bentuk surat layang. Ini adalah kesan gagalnya kita menghasilkan ‘the thinking graduates‘ melalui sistem pengajaran kita.

PERTEMBUNGAN GENERASI

Para penganalisa pengurusan sibuk mengetengahkan isu pertembungan generasi x ,generasi y dan z Ianya sudah tentu tidak lari dari isu cara dan gaya pemikiran kesemua generasi tersebut. Generasi x dikatakan mereka yang lahir antara 1960 hingga 1980 dan generasi y antara 1981 hingga 1995 (ada sedikit perbezaan dalam penentuan tahun mengikut pentafsiran masing2). Sebelum generasi dari 1946-1960 digelar generasi ‘baby boomers” dan generasi y di sebut ‘the milleneals’. Dikatakan baby boomers kerana pada ketika itu angka kelahiran mencapai tahap paling tinggi. Ia dikaitkan juga dengan zaman Star Trek dan zaman P.Ramlee. Manakala Mikael Jackson adalah generasi baby boomer yang juga digilai oleh generasi millenials.z

Generasi z ialah mereka yg lahir selepas 1995 yang sanagat obses dengan komputer dan berkurung dalam rumah.

Pertembungan kesemua generasi itu dalam alam pekerjaan memaksa para majikan mengubah pendekatan dalam melayan kerenah pekerja mereka. Bagi generasi y, segalanya2 adalah berteraskan wang, keselesaan dan kepuasa. Elemen kesetiaan sejati tiada dalam kamus mereka, oleh itu melompat kerja 2 atau tiga kali setahun adalah perkara biasa. Mereka tidak mahu dikongkong atau diarah2 dan akan memberontak terus apabila ada perkara yang tidak berkenan di hati. Pendedahan yang luas melalui komunikasi internet membolehkan mereka menghubungi ribuan kenalan dalam satu minit dengan hanya duduk dikerusi dengan sebuah mesin kecil bernama ‘laptop‘.
Dalam keadaan generasi x masih menghargai ‘humane touch‘, generasi y akan tertawa sinis kerana ‘finger touch‘ atas keyboard lebih mengisi kepuasan mereka.
THE AGE OF INTELLIGENCE
Kepada anak2 muda semua

Beberapa zaman sudah berlalu. Anda dilahirkan dalam zaman yang dipanggil ‘the Age of Information‘, zaman berlakunya ledakan informasi dan globalisasi dengan konsep dunia tanpa sempadan. Tetapi di depan kita sekarang adalah ‘the Age of Intelligence“. Kita mungkin berjaya melalui zaman informasi kerana rata2 anak muda kita tidak ketinggalan dalam menggunakan gadget2 dunia maya. Tetapi bagaimana keadaan anak2 kita di zaman kebijaksanaan itu nanti. Mampukah kita bersaing dengan bangsa lain yang sudah mula merancang untuk memasuki era tersebut sedangkan cara, kaedah, budaya berfikir kita masih tidak berubah?
Anak2 pasca 2000 mungkinkah digelar “generasi i ” yang bermaksud inetelligence atau sebaliknya menjadi generasi ” I, I ..you, you “, “Saya, saya..awak, awak….” yang mengenepikan kepentingan interdependency antara sesama manusia.


Kalau kita gagal membawa mereka ke zaman ‘BIJAK’ mereka akan TENGGELAM dalam zaman ‘BODOH’

Sekian,-DhiYa-