Saya petik dari karangan pak HAMKA - PERIBADI mengiringi wajah-wajah disini sebagai bahan untuk renungan semua.
' Setiap hari kita tidak lepas dari memperkatakan: orang yang masyhur atau yang tidak mmasyhur, orang yang luar biasa atau orang yang biasa saja. Kita akan memperkatakan kemuliaan atau kekurangan seseorang ........
merenung penuh kepastian - jemaah Turki di masjid nabi madinah |
.......Ali bin Abi Thalib pernah menyairkan:
Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
ayahnya Adam dan ibunya Hawa
Kalau mereka itu membangga-banggakan keturunan
Keturunannya pun sama, tanah dan air
bersama menikmati rizeki - rakaman malam kenduri di muzdalifah |
......Tinggi rendahnya peribadi seseorang adalah kerana bekas usaha hidupnya, caranya berfikir, tepatnya berhitung, jauhnya memandang dan kuatnya semangat.
Meneropong suatu peribadi tidak boleh terpengaruh oleh rasa sayang dan rasa benci...... .. kita sayang kepadanya kerana ikhlasnya, mulia hatinya, setia, berani. kita benci kerana dia curang, tidak mengenal kejujuran dan kejujuran pula tidak pernah berkenalan dengan dia........... tidak pula kurang kita menyayangi seseorang, kerana orang itu mau kita perkuda untuk kepentingan kita sendiri. Atau kita benci seseorang bukan kerana dia bersalah, hanya kita sendiri seorang pendengki....... ..haruslah kita insaf pula, bahawasanya mengenal diri sendiri itu, seribu kali lebih sukar dari keinginan hendak mengetahui peribadi orang lain.
Banyak perkara yang membentuk peribadi seseorang. Namun begitu menurut HAMKA perkara yang pokok-pokok yang tidak boleh tidak adalah:
1. Daya Penarik
Banyak perkara yang membentuk peribadi seseorang. Namun begitu menurut HAMKA perkara yang pokok-pokok yang tidak boleh tidak adalah:
1. Daya Penarik
2. Cerdik
3. Timbang rasa
4. Berani
5. Bijaksana
6. Baik Pandangan
7. Menyesuaikan diri
8. Bentuk badan
9. Bijak
10.Percaya pada diri sendiri
1 ulasan:
Saya telah baca buku Pak Hamka ini..antara lain katanya" Kalau semuanya yang dibaca ditelan sahaja maka hilanglah puitisnya
Catat Ulasan