PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Sabtu, 24 April 2010

Difikir ditulis, Difikir Dilafaz.

Hari ini aku berbahasa yang lebih mudah dengan apa sahaja yang terlintas di otak akan aku tulis sebagaimana terkadang manusia bila berhadapan dengan manusia yang lain apa yang dia fikir dia kan terus lafazkannya. KRU juga pernah membuat lagu "Jangan Lafazkannya"

Apa yang difikir ditulis dan apa yang difikir dilafaz. Antara yang ditulis dan dilafaz sememangnya akan membawa kepada respon awal atau maklum balas awal kepada pembaca dan pendengar. Pembaca dan pendengar kepada apa yang dibaca dan didengar itu akan diterima dan akan diproses juga oleh otak. Maka semuanya bermula di otak dan kalau bahasa manisnya Minda. Dari minda dilimpahkan pemikirannya ke bentuk tulisan dibaca orang atau diolah cipta percakapan untuk didengar oleh manusia lain.

Manusia yang meneliti tulisan atau mendengar ucapan kemudianya akan memproses juga diminda dengan dilingkari informasi sedia ada dalam kepala atau masih tercari-cari untuk dihubungkan dengan sebarang pengalaman lampau yang melibatkan apa sahaja pemikiran mahupun perasaan maka bermulalah ia berpersepsi yang mungkin dilingkari sensasi yakni memberi makna kepada apa yang sudah dibaca dan didengar. Sedemikian yang ku tulis ini sekadar penjelasan ringkas salah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya beberapa pancaidera sedia ada, otak, tangan, mata, telinga yang akhirnya ke otak kembali. Peredaran mesej ini telah melalui aliran yang biasa bagi semua orang. Bagaimana rasanya lagi untuk kita menyampaikan apa yang berada dikotak pemikiran kita. Adakah hanya perkataan yang ditulis ataupun percakapan yang boleh didengar sahaja. Mungkin ada yang setuju dan besar kemungkinan para pembaca disini bukan disana langsung tidak bersetuju. Kerana anda mungkin menyatakan ada lagi yang boleh dikongsi. Apa ? cuba katakan. Bagaimana? cuba jelaskan.

Maka diruangan ini mungkin boleh diperkongsikan serba sedikit apa yang cuba aku perkatakan ini, Sebagaimana seketika bermula aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku terjemahkan kata-demi kata hingga boleh membentuk perkataan seterusnya ayat yang mempunyai makna. Bermulanya aku dengan sedikit klise,seterusnya merungkai pendapat dan akhirnya kini kalian cuba membuat pemikiran dan perasaan boleh disatukan dalam membaca apa yang cuba aku garapkan. Mahukah aku membiarkan ianya berlalu dengan kalian memikirkan dengan penuh perasaan, atau aku sekadar membiarkan segalanya menjadi ayat-ayat kaku tanpa aku sediakan persoalan untuk difikirkan.

Maka dipengakhiran ini aku ingin membuat sedikit ujaran bahawa pemikiran yang membentuk perasaan yang diterjemahkan oleh tulisan boleh juga diterjemahkan melalui percakapan dalam bentuk lafaz melafazkan. Setiap ranting mempunyai dahan dan setiap pokok barangkali mempunyai akar maka inilah bentuk komunikasi yang perlu dimahirkan. Mungkin bentuk lain yang perlu difikirkan ialah bagaimana yang dihadapan atau yang tak kelihatan boleh memahami apa yang kita fikirkan tanpa membaca tulisan malah tanpa mendengar apa yang kita lafazkan. Sudah tentu ianya tidak akan melalui pancaindera yang tersebut di atas lagi. Jadi mari sama-sama kita fikirkan apa yang patut kita persiapkan.

0 ulasan: