INDEKS TINGKAH LAKU PENGALAH DIRI
( SELF DEFEATING BEHAVIOR)
Salam ceria kepada semua ahli KIK BPSM,
Pada waktu ini, keberangkalian saudara saudari sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan proses pindahan ke pejabat yang baharu. Namun pada kali ini, saya diminta menulis artikel ini atas permintaan Pegawai atasan untuk berkongsi ilmu dan muhasabah diri sebagai insan dimuka bumi ini.
Berikut adalah beberapa kenyataan tingkah laku, harap anda tandakan sejauhmana kekerapan anda melakukan tingkah laku tersebut berdasarkan tahap seperti dinyatakan :
Membandingkan diri dengan orang lain
Membuat ekpektasi yang tidak realistik
Menjangka keputusan yang akan hadapi negatif
Memberi maklum balas yang menyakitkan hati
Membuat tahap kemampuan diri yang tidak munasabah
Syak wasangka yang melulu
Berpendapat orang lain menyebabkan kesukaran yang dihadapi
Mengimbau peristiwa pahit yang lalu
Memunipulasi kenyataan dan data
Mencari alasan atau helah
Menyerang secara verbal atau fizikal ( bertekak/bertumbuk)
Merokok tidak putus-putus
Menggunakan dadah atau alkohol untuk melupakan sesuatu
Menipu atau mungkir janji
Berjudi atau memperjudikan sesuatu
Ketawa dan menangis bukan pada masanya
Menanguhkan kerja
Makan berlebihan
Gagal menyempurnakan tugas atau tanggungjawab
Meradang atau memaki hamun
Tidak kisah atau tidak mahu ambil tahu
Menyibukkan diri
Menyalahkan kepada takdir
Ungkit kesilapan orang lain
Bermati-matian mempertahankan diri.
Petunjuk tahap kekerapan :
A= Tidak pernah C= Kadang-kadang
B= Jarang-jarang D= Agak kerap E= Kerapkali
~Dhiya~
0 ulasan:
Catat Ulasan