PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Selasa, 2 Februari 2010

INDEKS TINGKAH LAKU PENGALAH DIRI

INDEKS TINGKAH LAKU PENGALAH DIRI
( SELF DEFEATING BEHAVIOR)

Salam ceria kepada semua ahli KIK BPSM,

Pada waktu ini, keberangkalian saudara saudari sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan proses pindahan ke pejabat yang baharu. Namun pada kali ini, saya diminta menulis artikel ini atas permintaan Pegawai atasan untuk berkongsi ilmu dan muhasabah diri sebagai insan dimuka bumi ini.

Berikut adalah beberapa kenyataan tingkah laku, harap anda tandakan sejauhmana kekerapan anda melakukan tingkah laku tersebut berdasarkan tahap seperti dinyatakan :
  

  1. Membandingkan diri dengan orang lain

  2. Membuat ekpektasi yang tidak realistik

  3. Menjangka keputusan yang akan hadapi negatif

  4. Memberi maklum balas yang menyakitkan hati

  5. Membuat tahap kemampuan diri yang tidak munasabah

  6. Syak wasangka yang melulu

  7. Berpendapat orang lain menyebabkan kesukaran yang dihadapi

  8. Mengimbau peristiwa pahit yang lalu

  9. Memunipulasi kenyataan dan data

  10. Mencari alasan atau helah

  11. Menyerang secara verbal atau fizikal ( bertekak/bertumbuk)

  12. Merokok tidak putus-putus

  13. Menggunakan dadah atau alkohol untuk melupakan sesuatu

  14. Menipu atau mungkir janji

  15. Berjudi atau memperjudikan sesuatu

  16. Ketawa dan menangis bukan pada masanya

  17. Menanguhkan kerja

  18. Makan berlebihan

  19. Gagal menyempurnakan tugas atau tanggungjawab

  20. Meradang atau memaki hamun

  21. Tidak kisah atau tidak mahu ambil tahu

  22. Menyibukkan diri

  23. Menyalahkan kepada takdir

  24. Ungkit kesilapan orang lain

  25. Bermati-matian mempertahankan diri.
Petunjuk tahap kekerapan :

A= Tidak pernah               C= Kadang-kadang
B= Jarang-jarang               D= Agak kerap                    E= Kerapkali

~Dhiya~

0 ulasan: