Salam
Alhamdulillah akhirnya urusetia KIK MARDI dapat mengadakan kursus untuk menambah kemahiran ahli-ahli KIK MARDI untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan projek masing-masing. sekurang kurang nya telah nampak bebayang wajah projek KIK telah dizahirkan. Pada perinsipnya 3 projek telah ada ketentuannya iaitu dari kumpulan Loko Sawah, M-TRAP dan FIQIR. Kumpulan MELOMAS dan DORPER walaupun belum di muktamatkan projek mereka kerana kumpulan berkenaan bersifat sementara untuk kursus tapi telah menampakkan keupayaan mereka buat projek..... tahniah gang..
Sesuatu yang menarik bagi saya kursus kali ini telah menampilkan keceriaan dalam keseriusan. Dalam hiruk pikuk senda ketawa ilmu disalurkan dengan berkesan... Pembentangan projek begitu real dan meyakinkan walaupun data yang dikemukakan banyak yang di make-up dan make-over tapi begitu meyakinkan sekali menyokong projek yang dicadangkan..
Barangkali keistimewaan Datuk konsultan menyampaikan bicara penuh berisi dalam gaya selamberland nyer berjaya mendasari sanubari peserta.... mekasih tok! ilmu tu sangat berguna. Komen Datuk yang selamba dan vokol walaupun kadangkala menikam perasaan dek sinis dalam jovial manner tapi telah boleh menganjak minda mencetus fenomena... sebagai juri saya sendiri merasa kagum dengan kejituan projek dan kelancaran persembahan... tahniah bro....tapi komen tetap komen belasah pantang ada peluang....
Kepada ana funya kumpulan, FIQIR eloklah mula mengorak langkah membetulkan saf... bergerak. Saya nak cadangkan untuk projek kita tu kita buat satu flatform atau medan yang teguh dan bagi nama yang ump supaya masalah dan projek yang dikenalpasti benar-benar memberi menfaat kepada MARDI dan dapat pula menjadi warisan oleh... jeragang
Rabu, 28 April 2010
make-up make-over.. ahaa ahaak... thats the way I like it
Sabtu, 24 April 2010
Difikir ditulis, Difikir Dilafaz.
Hari ini aku berbahasa yang lebih mudah dengan apa sahaja yang terlintas di otak akan aku tulis sebagaimana terkadang manusia bila berhadapan dengan manusia yang lain apa yang dia fikir dia kan terus lafazkannya. KRU juga pernah membuat lagu "Jangan Lafazkannya"
Apa yang difikir ditulis dan apa yang difikir dilafaz. Antara yang ditulis dan dilafaz sememangnya akan membawa kepada respon awal atau maklum balas awal kepada pembaca dan pendengar. Pembaca dan pendengar kepada apa yang dibaca dan didengar itu akan diterima dan akan diproses juga oleh otak. Maka semuanya bermula di otak dan kalau bahasa manisnya Minda. Dari minda dilimpahkan pemikirannya ke bentuk tulisan dibaca orang atau diolah cipta percakapan untuk didengar oleh manusia lain.
Manusia yang meneliti tulisan atau mendengar ucapan kemudianya akan memproses juga diminda dengan dilingkari informasi sedia ada dalam kepala atau masih tercari-cari untuk dihubungkan dengan sebarang pengalaman lampau yang melibatkan apa sahaja pemikiran mahupun perasaan maka bermulalah ia berpersepsi yang mungkin dilingkari sensasi yakni memberi makna kepada apa yang sudah dibaca dan didengar. Sedemikian yang ku tulis ini sekadar penjelasan ringkas salah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya beberapa pancaidera sedia ada, otak, tangan, mata, telinga yang akhirnya ke otak kembali. Peredaran mesej ini telah melalui aliran yang biasa bagi semua orang. Bagaimana rasanya lagi untuk kita menyampaikan apa yang berada dikotak pemikiran kita. Adakah hanya perkataan yang ditulis ataupun percakapan yang boleh didengar sahaja. Mungkin ada yang setuju dan besar kemungkinan para pembaca disini bukan disana langsung tidak bersetuju. Kerana anda mungkin menyatakan ada lagi yang boleh dikongsi. Apa ? cuba katakan. Bagaimana? cuba jelaskan.
Maka diruangan ini mungkin boleh diperkongsikan serba sedikit apa yang cuba aku perkatakan ini, Sebagaimana seketika bermula aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku terjemahkan kata-demi kata hingga boleh membentuk perkataan seterusnya ayat yang mempunyai makna. Bermulanya aku dengan sedikit klise,seterusnya merungkai pendapat dan akhirnya kini kalian cuba membuat pemikiran dan perasaan boleh disatukan dalam membaca apa yang cuba aku garapkan. Mahukah aku membiarkan ianya berlalu dengan kalian memikirkan dengan penuh perasaan, atau aku sekadar membiarkan segalanya menjadi ayat-ayat kaku tanpa aku sediakan persoalan untuk difikirkan.
Maka dipengakhiran ini aku ingin membuat sedikit ujaran bahawa pemikiran yang membentuk perasaan yang diterjemahkan oleh tulisan boleh juga diterjemahkan melalui percakapan dalam bentuk lafaz melafazkan. Setiap ranting mempunyai dahan dan setiap pokok barangkali mempunyai akar maka inilah bentuk komunikasi yang perlu dimahirkan. Mungkin bentuk lain yang perlu difikirkan ialah bagaimana yang dihadapan atau yang tak kelihatan boleh memahami apa yang kita fikirkan tanpa membaca tulisan malah tanpa mendengar apa yang kita lafazkan. Sudah tentu ianya tidak akan melalui pancaindera yang tersebut di atas lagi. Jadi mari sama-sama kita fikirkan apa yang patut kita persiapkan.
Khamis, 15 April 2010
PENGIKTIRAFAN DAN HARGA DIRI
Salam Sejahtera
Rata2 kita semua amat sukar melakukan perkara2 seperti :
Memuji orang lain
memberi penghargaan kepada orang lain
mengi’tiraf kelebihan orang lain
Mengaku salah
Meminta maaf kepada anak atau orang bawahan
Berterima kasih kepada anak atau orang bawahan
Memberi sedekah tanpa bertanya
Pengi’tirafan atau penghargaan bukan bermaksud pujian semata2. Seorang anak remaja, umpanya, akan merasa dihargai apabila ibunya melayannya bercakap apabila dia berbicara tentang perasaannya pada seorang gadis dalam kelasnya tanpa si ibu memperlecehkan usianya. Dia merasa dia dii’tiraf sebagai seorang dewasa. Melayan perbicaraan bukan bermakna kita mendorongnya melakukan perkara terlarang. Seorang anak yang biasa di’itiraf oleh ibubapa secara begini lebih mudah menerima nasihat berbanding dengan anak yang hanya mendengar perkataan ‘JANGAN’ dalam hidupnya.
Tetapi berapa ramaikah yang sanggup beratur panjang untuk mencapai “Academia Fantastica” dengan mencari pengi’tirafan dalam bidang akademik sebenar bukan fantasi?.
Mereka yang gagal mendapat penghargaan dalam bidang akademik akan membawa diri mencari penghargaan lain yang selalunya akan dicapai dengan memilih jalan yang salah kerana tiadanya orang yang memandu dengan baik. Jalan yang baik dan jalan yang salah terbentang luas sedangkan orang yang seharusnya memandu mereka tidak melakukan kewajipan mereka.
i. penghargaan dari orang lain2
ii. penghargaan dari sendiri
iii. penghargaan dari Allah
Isnin, 12 April 2010
wajah-wajah di tanah suci
![]() |
merenung penuh kepastian - jemaah Turki di masjid nabi madinah |
![]() |
1. Daya Penarik
Selasa, 6 April 2010
Guru Agama VS Guru Matematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasa lama tidak menulis diruangan ini, pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan mungkin akan membuat kita rasa terharu ataupun terpinga-pinga adakah ianya berlalu begitu dihadapan pacaindera? .
Kini orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Mengapa saya kata begitu?
Jika mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.
Kita lihat situasi ini pula....
Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.
Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.
Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.
Sekadar renungan bersama..
~Dhiya~
Jumaat, 2 April 2010
Presentation Pics
Salam all..
Its my 1st contribution to this blog....huhu ampunssss :)
But anyway, thanx to all members who contributed much to brighten up our blog. Just got those presentation pics from Pak Din, sorry takes some time to upload it, hv convert it to smaller pix
Here are some 'scenes' during the presentation of project progress to the Management....enjoy!
Good job everyone!