PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Rabu, 28 April 2010

make-up make-over.. ahaa ahaak... thats the way I like it

Salam
Alhamdulillah akhirnya urusetia KIK  MARDI dapat mengadakan kursus untuk menambah kemahiran ahli-ahli KIK MARDI untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan projek masing-masing. sekurang kurang nya telah nampak bebayang wajah projek KIK telah dizahirkan. Pada perinsipnya 3 projek telah ada ketentuannya iaitu dari kumpulan Loko Sawah, M-TRAP dan FIQIR. Kumpulan MELOMAS dan DORPER walaupun belum di muktamatkan projek mereka kerana kumpulan berkenaan bersifat sementara untuk kursus tapi telah menampakkan keupayaan mereka buat projek..... tahniah gang..

Sesuatu yang menarik bagi saya kursus kali ini telah menampilkan keceriaan dalam keseriusan. Dalam hiruk pikuk senda ketawa ilmu disalurkan dengan berkesan... Pembentangan projek begitu real dan meyakinkan walaupun data yang dikemukakan banyak yang di make-up dan make-over tapi begitu meyakinkan sekali menyokong projek yang dicadangkan..
Barangkali keistimewaan Datuk konsultan menyampaikan bicara penuh berisi dalam gaya selamberland nyer berjaya mendasari sanubari peserta.... mekasih tok! ilmu tu sangat berguna. Komen Datuk yang selamba dan vokol walaupun kadangkala menikam perasaan dek sinis dalam jovial manner tapi telah boleh menganjak minda mencetus fenomena... sebagai juri saya sendiri merasa kagum dengan kejituan projek dan kelancaran persembahan... tahniah bro....tapi komen tetap komen belasah pantang ada peluang....

Kepada ana funya kumpulan, FIQIR eloklah mula mengorak langkah membetulkan saf... bergerak. Saya nak cadangkan untuk projek kita tu kita buat satu flatform atau medan yang teguh dan bagi nama yang ump supaya masalah dan projek yang dikenalpasti benar-benar memberi menfaat kepada MARDI dan dapat pula menjadi warisan oleh... jeragang

Sabtu, 24 April 2010

Difikir ditulis, Difikir Dilafaz.

Hari ini aku berbahasa yang lebih mudah dengan apa sahaja yang terlintas di otak akan aku tulis sebagaimana terkadang manusia bila berhadapan dengan manusia yang lain apa yang dia fikir dia kan terus lafazkannya. KRU juga pernah membuat lagu "Jangan Lafazkannya"

Apa yang difikir ditulis dan apa yang difikir dilafaz. Antara yang ditulis dan dilafaz sememangnya akan membawa kepada respon awal atau maklum balas awal kepada pembaca dan pendengar. Pembaca dan pendengar kepada apa yang dibaca dan didengar itu akan diterima dan akan diproses juga oleh otak. Maka semuanya bermula di otak dan kalau bahasa manisnya Minda. Dari minda dilimpahkan pemikirannya ke bentuk tulisan dibaca orang atau diolah cipta percakapan untuk didengar oleh manusia lain.

Manusia yang meneliti tulisan atau mendengar ucapan kemudianya akan memproses juga diminda dengan dilingkari informasi sedia ada dalam kepala atau masih tercari-cari untuk dihubungkan dengan sebarang pengalaman lampau yang melibatkan apa sahaja pemikiran mahupun perasaan maka bermulalah ia berpersepsi yang mungkin dilingkari sensasi yakni memberi makna kepada apa yang sudah dibaca dan didengar. Sedemikian yang ku tulis ini sekadar penjelasan ringkas salah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya beberapa pancaidera sedia ada, otak, tangan, mata, telinga yang akhirnya ke otak kembali. Peredaran mesej ini telah melalui aliran yang biasa bagi semua orang. Bagaimana rasanya lagi untuk kita menyampaikan apa yang berada dikotak pemikiran kita. Adakah hanya perkataan yang ditulis ataupun percakapan yang boleh didengar sahaja. Mungkin ada yang setuju dan besar kemungkinan para pembaca disini bukan disana langsung tidak bersetuju. Kerana anda mungkin menyatakan ada lagi yang boleh dikongsi. Apa ? cuba katakan. Bagaimana? cuba jelaskan.

Maka diruangan ini mungkin boleh diperkongsikan serba sedikit apa yang cuba aku perkatakan ini, Sebagaimana seketika bermula aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku terjemahkan kata-demi kata hingga boleh membentuk perkataan seterusnya ayat yang mempunyai makna. Bermulanya aku dengan sedikit klise,seterusnya merungkai pendapat dan akhirnya kini kalian cuba membuat pemikiran dan perasaan boleh disatukan dalam membaca apa yang cuba aku garapkan. Mahukah aku membiarkan ianya berlalu dengan kalian memikirkan dengan penuh perasaan, atau aku sekadar membiarkan segalanya menjadi ayat-ayat kaku tanpa aku sediakan persoalan untuk difikirkan.

Maka dipengakhiran ini aku ingin membuat sedikit ujaran bahawa pemikiran yang membentuk perasaan yang diterjemahkan oleh tulisan boleh juga diterjemahkan melalui percakapan dalam bentuk lafaz melafazkan. Setiap ranting mempunyai dahan dan setiap pokok barangkali mempunyai akar maka inilah bentuk komunikasi yang perlu dimahirkan. Mungkin bentuk lain yang perlu difikirkan ialah bagaimana yang dihadapan atau yang tak kelihatan boleh memahami apa yang kita fikirkan tanpa membaca tulisan malah tanpa mendengar apa yang kita lafazkan. Sudah tentu ianya tidak akan melalui pancaindera yang tersebut di atas lagi. Jadi mari sama-sama kita fikirkan apa yang patut kita persiapkan.

Khamis, 15 April 2010

PENGIKTIRAFAN DAN HARGA DIRI

Salam Sejahtera

Kejadian di malam minggu lepas membuat saya tertarik untuk berkongsi dimana kejadian ini berlaku ketika saya n wife "mencari" kesibukkan ibu kota yang tidak pernah sunyi..deruman enjin moto2 mat rempit:P
( dulu time2 bujang sy pn jd mat rempit) hehe..

Pernahkah kwn2 mendengar cerita bagaimana seorang mat rempit menjerit megah apabila dia dapat memenangi pertaruhan rempit di tengah ibu kota?. Rasa kepuasan yang tinggi melakukan “wheely’ di tengah jalan raya dengan membawa minah di belakang yang turut terkinjal2 dengan kejayaan itu. Rakan2 memberikan penghargaan yang tinggi dengan digelar sebagai hero jalanraya apalagi apabila dapat memboloskan diri dari dikejar polis. Pengi’trafan dan penghargaan diterima dari rakan2 adalah lebih dari segalanya2 walaupun terpaksa berdepan dengan maut. Malah habuan dapat meniduri gadis dari kumpulan lawan yang dijadikan hadiah kemenangan adalah perkara kedua kerana yang penting sekarang dia sudah dii’tiraf sebagai hero.

Pernahkah anda mendengar cerita dari si minah rempit yang menjadi hadiah pertaruhan kepada kumpulan anak muda yang memenangi pertarungan rempit?. Tubuh diserahkan dengan rasa bangga kerana mampu melayan 14 orang dalam satu malam walau tanpa upah sesen pun. Dia di i’tiraf oleh rakan2 rempit sebagai minah hebat yang jadi rebutan dalam setiap pertandingan.
 



Pernahkah anda mendengar seorang anak remaja yang menerima penghargaan dari jemaah masjid kerana suaranya yang merdu mengalunkan azan. Walaupun dipulaukan oleh rakan2 sekampung dan dipanggil ‘budak skema’ disebabkan tidak ikut sama dalam aktiviti liar mereka, namun dia masih terus azan. Kehilangan kawan2 sudah tidak penting kerana pengi’tirafan dan penghargaan yang diterima oleh orang masjid dan ibu serta ayah di rumah sudah cukup baginya.

Percayakah kita punca remaja menghisap rokok semata2 kerana ingin dii’tiraf oleh rakan2 bahawa dia sudah dewasa?

Jika dilihat kesemuanya adalah berkaitan dengan pengi’tirafan atau penghargaan yang menjadi satu keperluan utama dalam diri setiap manusia. Kekurangan mendapat penghargaan dalam hidup seseorang boleh menyebabkan ia mencarinya dalam bentuk apa saja. Anak muda yang tidak pernah dihargai oleh ibu bapa, guru2 dan rakan2 yang baik akan mencari pengi’tirafan itu melalui jalan yang salah.




Rata2 kita semua amat sukar melakukan perkara2 seperti :

Memuji orang lain
memberi penghargaan kepada orang lain
mengi’tiraf kelebihan orang lain
Mengaku salah
Meminta maaf kepada anak atau orang bawahan
Berterima kasih kepada anak atau orang bawahan
Memberi sedekah tanpa bertanya

Pengi’tirafan atau penghargaan bukan bermaksud pujian semata2. Seorang anak remaja, umpanya, akan merasa dihargai apabila ibunya melayannya bercakap apabila dia berbicara tentang perasaannya pada seorang gadis dalam kelasnya tanpa si ibu memperlecehkan usianya. Dia merasa dia dii’tiraf sebagai seorang dewasa. Melayan perbicaraan bukan bermakna kita mendorongnya melakukan perkara terlarang. Seorang anak yang biasa di’itiraf oleh ibubapa secara begini lebih mudah menerima nasihat berbanding dengan anak yang hanya mendengar perkataan ‘JANGAN’ dalam hidupnya.

Tetapi budaya pengi’tirafan sebegini amat asing dalam kehidupan orang Melayu. Sedangkan anak2 muda kita sekarang sedang melalui kehidupan yang penuh dengan pemburuan mencari pengi’tirafan. Pengi’tirafan dalam dunia hiburan sudah begitu banyak jenisnya melalui pesta2 pemberian anugerah untuk para penghibur. Gaya hidup artis menjadi impian anak muda kerana mereka seolah2 membayang mereka juga artis yang gayanya sudah dii’tiraf oleh ramai orang. Setiap kali diadakan sesi ujibakat untuk memilih pelajar akademi fantasia, maka beribu2 yang datang untuk mencapai impian untuk dii’tirafkan sebagai juara.

Tetapi berapa ramaikah yang sanggup beratur panjang untuk mencapai “Academia Fantastica” dengan mencari pengi’tirafan dalam bidang akademik sebenar bukan fantasi?.

Mereka yang gagal mendapat penghargaan dalam bidang akademik akan membawa diri mencari penghargaan lain yang selalunya akan dicapai dengan memilih jalan yang salah kerana tiadanya orang yang memandu dengan baik. Jalan yang baik dan jalan yang salah terbentang luas sedangkan orang yang seharusnya memandu mereka tidak melakukan kewajipan mereka.

Memberi penghargaan bukan saja membina semangat dan motivasi pada yang menerima, tetapi akan menghasilkan rasa bahagia kepada yang memberi. Perhatikanlah bagaimana wajah orang yang sedang mengucapkan “Isy, macam tu saja ke yang awak mampu buat?” berbanding dengan wajah orang semasa mengucapkan”Tahniah, walaupun awak tidak berjaya, saya kagum dengan usaha awak. Isy, saya bangga jadi kawan awak”Setiap manusia perlukan pengi’tirafan/penghargaan. Ada 3 tingkat penghargaan yang dicari oleh manusia:

i. penghargaan dari orang lain2
ii. penghargaan dari sendiri
iii. penghargaan dari Allah

Dalam hidup, kita akan melalui pencarian kepada tingkat pertama dan kedua dahulu sebelum mencapai tingkat ketiga iaitu taraf dimana seseorang itu tidak memerlukan lagi pengi’tirafan yang lain kecuali pengi’tirafan dari Allah.

Punca utama masalah remaja kita berkaitan rapat dengan budaya dan kebiasaan hidup kita yang terlalu sukar mengi’tiraf kebaikan anak2 maka mereka mencari peng’tirafan lain melalui jalan yang salah. Mereka menjatuhkan harga diri semata2 untuk mencari penghargaan yang dilaknati Allah.


~ DhiYa~

Isnin, 12 April 2010

wajah-wajah di tanah suci

Saya petik dari karangan pak HAMKA  - PERIBADI  mengiringi wajah-wajah  disini sebagai bahan untuk renungan semua.

' Setiap hari kita tidak lepas dari memperkatakan:  orang yang masyhur atau yang tidak mmasyhur,  orang yang luar biasa atau orang yang biasa saja. Kita akan memperkatakan kemuliaan atau kekurangan seseorang ........
merenung penuh kepastian
- jemaah Turki di masjid nabi madinah
.......Ali bin Abi Thalib pernah menyairkan:
Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
ayahnya Adam dan ibunya Hawa
Kalau mereka itu membangga-banggakan keturunan
Keturunannya pun sama, tanah dan air
bersama menikmati rizeki - rakaman malam kenduri di muzdalifah
......Tinggi rendahnya peribadi seseorang adalah kerana bekas usaha hidupnya, caranya berfikir, tepatnya berhitung, jauhnya memandang dan kuatnya semangat.                                              
Meneropong suatu peribadi tidak boleh terpengaruh oleh rasa sayang dan rasa benci...... .. kita sayang kepadanya kerana  ikhlasnya, mulia hatinya, setia, berani. kita benci kerana dia curang, tidak mengenal kejujuran dan kejujuran pula tidak pernah berkenalan dengan dia........... tidak pula kurang kita menyayangi seseorang, kerana orang itu mau kita perkuda untuk kepentingan kita sendiri. Atau kita benci seseorang bukan kerana dia bersalah, hanya kita sendiri seorang pendengki.......  ..haruslah kita insaf pula, bahawasanya mengenal diri sendiri itu, seribu kali lebih sukar dari keinginan hendak mengetahui peribadi orang lain.

Banyak perkara yang membentuk peribadi seseorang.  Namun begitu menurut HAMKA perkara yang pokok-pokok yang tidak boleh tidak adalah:
1. Daya Penarik                                                                                      
2. Cerdik
3. Timbang rasa
4. Berani
5. Bijaksana
6. Baik Pandangan
7. Menyesuaikan diri
8. Bentuk badan
9. Bijak
10.Percaya pada diri sendiri                                                                                                                                                                                                                
  
Orang yang buruk sekalipun menjadi bagus kalau mukanya jernih.Muka jernih mendatangkan simpati.Tetapi muka yang kusut mendatangkan jemu orang lain, walaupun pada dasarnya muka itu cantik... wallahualam .... jeragang

Selasa, 6 April 2010

Guru Agama VS Guru Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Rasa lama tidak menulis diruangan ini, pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan mungkin akan membuat kita rasa terharu ataupun terpinga-pinga adakah ianya berlalu begitu dihadapan pacaindera? .
Kini orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Mengapa saya kata begitu?

Jika mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.


Ada ustaz yang tinggal di Gombak, mengajar di Kelang dengan menaiki motor 3 kali seminggu hanya dibayar RM30 sebulan. Ada juga yang dibayar dengan sehelai kain pelekat saja.

Kita lihat situasi ini pula....

Seorang guru tiusyen yang mengajar subjek matematik ke rumah diberikan antara RM20 hingga RM50 sejam

Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.


Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.

Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.

Sekadar renungan bersama..

                                                                                                                                              ~Dhiya~

Jumaat, 2 April 2010

Presentation Pics

Salam all..


Its my 1st contribution to this blog....huhu ampunssss :)
But anyway, thanx to all members who contributed much to brighten up our blog. Just got those presentation pics from Pak Din, sorry takes some time to upload it, hv convert it to smaller pix


Here are some 'scenes' during the presentation of project progress to the Management....enjoy!


Control pitching while singing our theme song 'Impian Luhur'....








Preparing for presentation n QnA battle session..ngaaaaa

Our leader, KAI lead the presentation...hocus focus everyone!
**thanx to Nik Adib, our former member for his effort n idea to create our logo




  

Finally...end of presentation, Juragan with awak-awak sekalian with pride showing our official KIK shirt..credit to Shah together with Kak Ila for their hardship to show/build part of our identity n rock on..too bad Shah had to rush out for another meeting after that (no wonder he's not in this pic...hurmmm), the rest.....fuhhhhh...lega!!


Good job everyone!
 
~GeeAnne~