PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Ahad, 5 Jun 2011

INTERNATIONAL MANGO ORGANIZATION (IMO) founded August 15, 2000: MANGO VARIETIES FROM PAKISTAN AT MAJOR FESTIVAL CURRENTLY UNDER WAY. (June 4, 2011)

INTERNATIONAL MANGO ORGANIZATION (IMO) founded August 15, 2000: MANGO VARIETIES FROM PAKISTAN AT MAJOR FESTIVAL CURRENTLY UNDER WAY. (June 4, 2011)

Selasa, 3 Mei 2011

International Coach Federation: Coaching Youth in Education

International Coach Federation: Coaching Youth in Education

Jumaat, 10 Disember 2010

Mengendalikan Anak2 Generasi Z

Siapakah mereka?

Mereka adalah anak2 yang lahir antara 1995 hingga hujung 2009 iaiatu anak2 kepada generasi x atau awal y yang biasanya tidak mahu punya keluarga besar. Ibubapa sangat sibuk dengan kerjaya yang menyebabkan anak2 ini kesunyian. Dikatakan inilah kumpulan manusia paling sunyi dalam sejarah. Serentak dengan terciptanya youtbe, facebook, My Space, YM dll. kesunyian mereka diisi dengan rakan2 maya yang sebahagian besarnya mereka tidak pernah pun bertemu.

Mereka tidak suka keluar rumah, lemah kemahiran sosial dan selesa hidup tanpa mengenali saudara-mara. Kalau dalam dunia cyber mereka dapat berkomunikasi dengan begitu mesra, tetapi dalam dunia sebenar, sekiranya bertemu mereka begitu kaku.:P ( cm adik aku jew)

Secara purata masa mereka dihabiskan di depan komputer selama 8jam 20minit (kajian di Amerika). Jejari mereka sangat pantas memetik keyboard komputer dan telepon bimbit. Mereka mahir menggunakan gadget2 komputer hanya dengan belajar sendiri, tanpa guru. (hebat bkn kwn2) malahan mereka akan resah apabila jauh dari komputer.

Mereka bersifat berterus-terang dan suka menuntut hak mereka dalam semua perkara. Fizikal mereka mungkin tidak sekuat generasi sebelumnya kerana kurang bermain di padang. Alat permainan mereka hanya menggunakan mata, telinga dan jari. Berjaga hingga lewat malam adalah satu kebiasaan.

Mereka adalah kumpulan pertama anak2 abad ke21, lahir dalam dunia digital. Segalanya adalah pantas. Gerakan mereka laju termasuk gerakan mata. Mereka tidak berjalan tetapi berlari walaupun dalam rumah.

Mereka banyak informasi kerana setiap kemusykilan akan dicari melalui internet.

Generasi ini saling bertukar gambar melalui internet. Kalau anak2 generasi y bertukar gambar lucah orang lain dengan rakan2 mereka, tetapi generasi z yang berumur seawal 10 tahun tidak merasa bersalah saling menghantarkan gambar tubuh atau adengan mereka sendiri yang diambil menggunakan telepon bimbit. Kata2 seperti ” You send me yours and I’ll send you mine” adalah biasa dalam komunikasi mereka . Ibubapa di Amarika semakin khuatir apabila mendapati anak2 mereka dalam lingkungan 7, 8 tahun mengambil gambar alat sulit mereka untuk dihantar kepada rakan2 sebaya. Tidak mustahil ini juga sedang rancak berlaku dalam masyarakat kita.

Bayangkan setiap gambar yang dihantar melaui internet akan diedarkan tanpa batas dan ianya akan tersimpan selamanya2. Tiada istilah “delete“yang sebenar apabila maklumat atau gambar sudah dihantar melalui internet. Persoalan yang sering diutarakan…what kind of adults would they be?.

Pada masa ini para guru di sekolah sedang berhadapan dengan kumpulan ini. Tidak lama lagi mereka akan memenuhi universiti.

Ibubapa dan guru2 di Malaysia rata2 tidak membuat persiapan yang mencukupi dengan perkembangan ini. Walaupun pembahagian generasi ini adalah teori barat, tetapi mahu tidak mahu dengan dunia tanpa sempadan ini apa yang berlaku di tempat lain, dengan pantas ia akan menular ke tempat kita. Bezanya cuma sekuat manakah golongan agama dan moralists dapat mempertahankan nilai2 murni dan budaya bersusila untuk meminimakan pengaruh negatif tersebut.

Mereka akan mengisi ruang pekerjaan beberapa tahun dari sekarang. Kalau generasi y berdepan dengan isu workerholic tetapi mereka akan berdepan dengan isu speedholic dan winholic dalam persaingan memburu karier.

Speedholic….segalanya2 diukur dengan kepantasan. Siapa cepat akan berjaya, yang lambat akan tercicir.

Winholic…..segalanya diukur dengan pencapaian. Mereka berlumba2 untuk mengalahkan lawan.

Ada juga yang berpendapat golongan ini mungkin menjadi kumpulan yang lebih baik kerana ibubapa mereka iaitu generasi x amat berhati2 dengan anak2 disebabkan pengalaman pahit dibesarkan oleh ibubapa mereka.

Sebagai ibubapa, mengendalikan anak2 generasi z memerlukan penglibatan kita dalam dunia mereka iatu dunia cyber. Tidak hairanlah kalau ada ibubapa yang berkomunikasi dg anaknya lebih banyak melalui “YM” daripada ucapan mulut.

Renung2 kn le & cpt2 siapkan SKT on9 tue
jumpa u all di melaka nnti.

~ dHiya~

Isnin, 20 September 2010

MASA MERUBAH KEBIASAAN

SALAM EIDUL-FITR

Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli2 FIQIR. Semuga semua menyambut kemenangan ini secara yang tidak berlebihan. Kita mempunyai tanggungjawab yang masih belum diselesaikan .... ayuh bereskan

Sesuai dengan berubahan zaman saya dapati beberapa tradisi telah berubah... antaranya

Kad raya telah berubah kepada e-kad atau SMS, tweeter jer
kunjung mengunjung masih berlaku tapi telah beransur menjadi formal..... kekadang kalau tiada open house tiada lah kunjungan....

Ada perubahan kearah menghayati eidul fitri sebagai ibadat yang hakiki dengan mengikis sedikait demi sedikit perayaan

Ada kecenderungan  terutama dikalang orang berwang menghantar hamper raya sebagai pengiring kad....
bermula dengan kedatangan ramadhan menghantar buah-buahan.... kurma bang.. buahan tempatan tak main
Semakin dekat raya... hantar kueh berpakaging menarik.... ratusan malah ribuan ringgit harga...

Bagaimana tradisi bermaafan dan lawatan kanak-kanak masih mantap dan sampul raya makin tebal tapi ringan... duit siling dah tak main

MOHON MAAF SEGALA KETERLANJURAN

Yang selalu berdoa untuk jadik orang2 yang terlanjur adalah..... jeragang

Rabu, 7 Julai 2010

sekadar mencuba nasib

bukan apa sudah lama tidak memblog letak jer laa gambo ini. mungkin seribu nostalgia boleh menggamit memori dari gambo ini. ingin juga lihat bagaimana komen kalian. silakan............... jeragang

Posted by Picasa

Rabu, 28 April 2010

make-up make-over.. ahaa ahaak... thats the way I like it

Salam
Alhamdulillah akhirnya urusetia KIK  MARDI dapat mengadakan kursus untuk menambah kemahiran ahli-ahli KIK MARDI untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan projek masing-masing. sekurang kurang nya telah nampak bebayang wajah projek KIK telah dizahirkan. Pada perinsipnya 3 projek telah ada ketentuannya iaitu dari kumpulan Loko Sawah, M-TRAP dan FIQIR. Kumpulan MELOMAS dan DORPER walaupun belum di muktamatkan projek mereka kerana kumpulan berkenaan bersifat sementara untuk kursus tapi telah menampakkan keupayaan mereka buat projek..... tahniah gang..

Sesuatu yang menarik bagi saya kursus kali ini telah menampilkan keceriaan dalam keseriusan. Dalam hiruk pikuk senda ketawa ilmu disalurkan dengan berkesan... Pembentangan projek begitu real dan meyakinkan walaupun data yang dikemukakan banyak yang di make-up dan make-over tapi begitu meyakinkan sekali menyokong projek yang dicadangkan..
Barangkali keistimewaan Datuk konsultan menyampaikan bicara penuh berisi dalam gaya selamberland nyer berjaya mendasari sanubari peserta.... mekasih tok! ilmu tu sangat berguna. Komen Datuk yang selamba dan vokol walaupun kadangkala menikam perasaan dek sinis dalam jovial manner tapi telah boleh menganjak minda mencetus fenomena... sebagai juri saya sendiri merasa kagum dengan kejituan projek dan kelancaran persembahan... tahniah bro....tapi komen tetap komen belasah pantang ada peluang....

Kepada ana funya kumpulan, FIQIR eloklah mula mengorak langkah membetulkan saf... bergerak. Saya nak cadangkan untuk projek kita tu kita buat satu flatform atau medan yang teguh dan bagi nama yang ump supaya masalah dan projek yang dikenalpasti benar-benar memberi menfaat kepada MARDI dan dapat pula menjadi warisan oleh... jeragang

Sabtu, 24 April 2010

Difikir ditulis, Difikir Dilafaz.

Hari ini aku berbahasa yang lebih mudah dengan apa sahaja yang terlintas di otak akan aku tulis sebagaimana terkadang manusia bila berhadapan dengan manusia yang lain apa yang dia fikir dia kan terus lafazkannya. KRU juga pernah membuat lagu "Jangan Lafazkannya"

Apa yang difikir ditulis dan apa yang difikir dilafaz. Antara yang ditulis dan dilafaz sememangnya akan membawa kepada respon awal atau maklum balas awal kepada pembaca dan pendengar. Pembaca dan pendengar kepada apa yang dibaca dan didengar itu akan diterima dan akan diproses juga oleh otak. Maka semuanya bermula di otak dan kalau bahasa manisnya Minda. Dari minda dilimpahkan pemikirannya ke bentuk tulisan dibaca orang atau diolah cipta percakapan untuk didengar oleh manusia lain.

Manusia yang meneliti tulisan atau mendengar ucapan kemudianya akan memproses juga diminda dengan dilingkari informasi sedia ada dalam kepala atau masih tercari-cari untuk dihubungkan dengan sebarang pengalaman lampau yang melibatkan apa sahaja pemikiran mahupun perasaan maka bermulalah ia berpersepsi yang mungkin dilingkari sensasi yakni memberi makna kepada apa yang sudah dibaca dan didengar. Sedemikian yang ku tulis ini sekadar penjelasan ringkas salah satu bentuk komunikasi yang melibatkan hanya beberapa pancaidera sedia ada, otak, tangan, mata, telinga yang akhirnya ke otak kembali. Peredaran mesej ini telah melalui aliran yang biasa bagi semua orang. Bagaimana rasanya lagi untuk kita menyampaikan apa yang berada dikotak pemikiran kita. Adakah hanya perkataan yang ditulis ataupun percakapan yang boleh didengar sahaja. Mungkin ada yang setuju dan besar kemungkinan para pembaca disini bukan disana langsung tidak bersetuju. Kerana anda mungkin menyatakan ada lagi yang boleh dikongsi. Apa ? cuba katakan. Bagaimana? cuba jelaskan.

Maka diruangan ini mungkin boleh diperkongsikan serba sedikit apa yang cuba aku perkatakan ini, Sebagaimana seketika bermula aku sendiri tidak tahu apa yang akan aku terjemahkan kata-demi kata hingga boleh membentuk perkataan seterusnya ayat yang mempunyai makna. Bermulanya aku dengan sedikit klise,seterusnya merungkai pendapat dan akhirnya kini kalian cuba membuat pemikiran dan perasaan boleh disatukan dalam membaca apa yang cuba aku garapkan. Mahukah aku membiarkan ianya berlalu dengan kalian memikirkan dengan penuh perasaan, atau aku sekadar membiarkan segalanya menjadi ayat-ayat kaku tanpa aku sediakan persoalan untuk difikirkan.

Maka dipengakhiran ini aku ingin membuat sedikit ujaran bahawa pemikiran yang membentuk perasaan yang diterjemahkan oleh tulisan boleh juga diterjemahkan melalui percakapan dalam bentuk lafaz melafazkan. Setiap ranting mempunyai dahan dan setiap pokok barangkali mempunyai akar maka inilah bentuk komunikasi yang perlu dimahirkan. Mungkin bentuk lain yang perlu difikirkan ialah bagaimana yang dihadapan atau yang tak kelihatan boleh memahami apa yang kita fikirkan tanpa membaca tulisan malah tanpa mendengar apa yang kita lafazkan. Sudah tentu ianya tidak akan melalui pancaindera yang tersebut di atas lagi. Jadi mari sama-sama kita fikirkan apa yang patut kita persiapkan.