PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Jumaat, 10 Disember 2010

Mengendalikan Anak2 Generasi Z

Siapakah mereka?

Mereka adalah anak2 yang lahir antara 1995 hingga hujung 2009 iaiatu anak2 kepada generasi x atau awal y yang biasanya tidak mahu punya keluarga besar. Ibubapa sangat sibuk dengan kerjaya yang menyebabkan anak2 ini kesunyian. Dikatakan inilah kumpulan manusia paling sunyi dalam sejarah. Serentak dengan terciptanya youtbe, facebook, My Space, YM dll. kesunyian mereka diisi dengan rakan2 maya yang sebahagian besarnya mereka tidak pernah pun bertemu.

Mereka tidak suka keluar rumah, lemah kemahiran sosial dan selesa hidup tanpa mengenali saudara-mara. Kalau dalam dunia cyber mereka dapat berkomunikasi dengan begitu mesra, tetapi dalam dunia sebenar, sekiranya bertemu mereka begitu kaku.:P ( cm adik aku jew)

Secara purata masa mereka dihabiskan di depan komputer selama 8jam 20minit (kajian di Amerika). Jejari mereka sangat pantas memetik keyboard komputer dan telepon bimbit. Mereka mahir menggunakan gadget2 komputer hanya dengan belajar sendiri, tanpa guru. (hebat bkn kwn2) malahan mereka akan resah apabila jauh dari komputer.

Mereka bersifat berterus-terang dan suka menuntut hak mereka dalam semua perkara. Fizikal mereka mungkin tidak sekuat generasi sebelumnya kerana kurang bermain di padang. Alat permainan mereka hanya menggunakan mata, telinga dan jari. Berjaga hingga lewat malam adalah satu kebiasaan.

Mereka adalah kumpulan pertama anak2 abad ke21, lahir dalam dunia digital. Segalanya adalah pantas. Gerakan mereka laju termasuk gerakan mata. Mereka tidak berjalan tetapi berlari walaupun dalam rumah.

Mereka banyak informasi kerana setiap kemusykilan akan dicari melalui internet.

Generasi ini saling bertukar gambar melalui internet. Kalau anak2 generasi y bertukar gambar lucah orang lain dengan rakan2 mereka, tetapi generasi z yang berumur seawal 10 tahun tidak merasa bersalah saling menghantarkan gambar tubuh atau adengan mereka sendiri yang diambil menggunakan telepon bimbit. Kata2 seperti ” You send me yours and I’ll send you mine” adalah biasa dalam komunikasi mereka . Ibubapa di Amarika semakin khuatir apabila mendapati anak2 mereka dalam lingkungan 7, 8 tahun mengambil gambar alat sulit mereka untuk dihantar kepada rakan2 sebaya. Tidak mustahil ini juga sedang rancak berlaku dalam masyarakat kita.

Bayangkan setiap gambar yang dihantar melaui internet akan diedarkan tanpa batas dan ianya akan tersimpan selamanya2. Tiada istilah “delete“yang sebenar apabila maklumat atau gambar sudah dihantar melalui internet. Persoalan yang sering diutarakan…what kind of adults would they be?.

Pada masa ini para guru di sekolah sedang berhadapan dengan kumpulan ini. Tidak lama lagi mereka akan memenuhi universiti.

Ibubapa dan guru2 di Malaysia rata2 tidak membuat persiapan yang mencukupi dengan perkembangan ini. Walaupun pembahagian generasi ini adalah teori barat, tetapi mahu tidak mahu dengan dunia tanpa sempadan ini apa yang berlaku di tempat lain, dengan pantas ia akan menular ke tempat kita. Bezanya cuma sekuat manakah golongan agama dan moralists dapat mempertahankan nilai2 murni dan budaya bersusila untuk meminimakan pengaruh negatif tersebut.

Mereka akan mengisi ruang pekerjaan beberapa tahun dari sekarang. Kalau generasi y berdepan dengan isu workerholic tetapi mereka akan berdepan dengan isu speedholic dan winholic dalam persaingan memburu karier.

Speedholic….segalanya2 diukur dengan kepantasan. Siapa cepat akan berjaya, yang lambat akan tercicir.

Winholic…..segalanya diukur dengan pencapaian. Mereka berlumba2 untuk mengalahkan lawan.

Ada juga yang berpendapat golongan ini mungkin menjadi kumpulan yang lebih baik kerana ibubapa mereka iaitu generasi x amat berhati2 dengan anak2 disebabkan pengalaman pahit dibesarkan oleh ibubapa mereka.

Sebagai ibubapa, mengendalikan anak2 generasi z memerlukan penglibatan kita dalam dunia mereka iatu dunia cyber. Tidak hairanlah kalau ada ibubapa yang berkomunikasi dg anaknya lebih banyak melalui “YM” daripada ucapan mulut.

Renung2 kn le & cpt2 siapkan SKT on9 tue
jumpa u all di melaka nnti.

~ dHiya~

1 ulasan:

jeragang berkata...

nice write up... infonya baguz.Banyak panduan yang dapat di perolehi daripada artikel ini.. teruskan usaha ini.. orang lain camner bila nak tulis jangan kita pengsan kelak kerana sesak nafas di himpit kegusaran tekanan kerja. Tengok kedunia luar tarik nafas panjang2... hilang stress anda kembali ke alami..