PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Selasa, 6 April 2010

Guru Agama VS Guru Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Rasa lama tidak menulis diruangan ini, pada kali ini saya ingin berkongsi pandangan mungkin akan membuat kita rasa terharu ataupun terpinga-pinga adakah ianya berlalu begitu dihadapan pacaindera? .
Kini orang lebih memandang tinggi ilmu dunia dari ilmu akhirat. Mengapa saya kata begitu?

Jika mengajar AlQuran seorang ustaz paling tinggi dibayar RM50 sebulan untuk mengajar . Kalau diletakkan bayaran, ibubapa akan mengutuk ustaz kononnya tidak ikhlas mengajar dengan alasan AlQuran bukan untuk diperdagangkan.


Ada ustaz yang tinggal di Gombak, mengajar di Kelang dengan menaiki motor 3 kali seminggu hanya dibayar RM30 sebulan. Ada juga yang dibayar dengan sehelai kain pelekat saja.

Kita lihat situasi ini pula....

Seorang guru tiusyen yang mengajar subjek matematik ke rumah diberikan antara RM20 hingga RM50 sejam

Ibubapa tidak merasa sayang berapapun dihabiskan asalkan anaknya lulus cemerlang untuk UPSR, PMR dan SPM. Maka tumbuhlah pusat2 tiusyen bak cendawan di musim hujan. Tetapi jarang ibubapa yang memikirkan untuk menghantar anak pergi tiusyen untuk SPRA.


Mereka yang bergelar ustaz kadang2 dibawa setakat untuk membaca doa dalam majlis pembukaan program atau majlis tahlil doa selamat.

Orang sanggup membayar beratus atau beribu ringgit untuk penceramah motivasi, tetapi seorang penceramah agama dianggap sudah cukup dengan jamuan secawan teh dan 2 keping karipap selepas majlis selesai.

Sekadar renungan bersama..

                                                                                                                                              ~Dhiya~

1 ulasan:

shahdeliklau berkata...

Jadi apakah tindakan yang sehingga kini telah anda lakukan. Apakah cadangan jalan penyelesaiannya pada Ustaz yang dapat 30 ringgit tu. Mungkin kah itu hanya persepsi anda. Barang kemungkinan dia juga tidak mahu dibayarkerana dia serahkan pada Allah sebagai memenuhi kewajibannya berilmu dan mengikut sunah nabi yakni menyampaikan. dan mahu Ilmu yang manfaat yang dia sampaikan semasa hayatnya. dan bagi menjawab apa yang dia buat semasa hayatnya didunia.

Siapa yang suruh panggil ustaz baca doa kenapa tak baca sendiri. Baca doakah atau perlu bersama berdoa. Antaranya kelihatan berbeza " Membaca doa Vs Berdoa.

Mungkin bila dah mempunyai anak persoalan ini akan terjawab. Persepsi sahaja bila ibu bapa sanggup berhabis duit untuk PMR/SPM dll. Disekolah Al Amin, sungai tangkas. Ibu bapa sanggup menghabiskan sebulan hampir 300 untuk mengikuti Sekolah Agama bagi seorang anak. Maka beratlah saya nyatakan ianya hanya persepsi anda dan mungkin bahan yang dibaca terlalu disensasikan sehingga interpretasi anda membuahkan persepsi sedemikian rupa.

Perbandingan yang menyatakan Matematik adalah ilmu dunia dan bukan ilmu akhirat adalah sesuatu yang cukup kurang sempurna...saya teramatlah hairan dan terharu kerana skop ilmu yang anda berikan sangat longgar. Mengapa saya kata begitu.

Satu alasan sahaja ; Sembahyang 5 waktu. Bukankah 5 itu angka dan angka ada dalam mata pelajaran matematik. Saya cadangkan tuan cuba membaca "harunyahya.com" bagaimana seharusnya muslim berfikir.

"Jika bertanya lagi nescaya akan ku jawab lagi dengan jawapan yang berlainan". saya pinjamkan kata-kata Saidina Ali apabila ditanya apa kelebihan Ilmu berbanding Harta.

Ini bukan untuk merenung lagi tapi inilah masa untuk berfikir dan terus berfikir.

sekadar berbeza pandangan.