PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Jumaat, 12 Februari 2010

SEKETIKA BERMULA DAN BERAKHIR.

Seketika bermula pelbagai rasa yang kita rasakan. Ketika mana sesi komentar dibuka, kita disinggahi pelbagai persoalan, cetusan, gerutukan menyinggahi minda. Kita menggagahi sedikit reponds bertunjangkan kepada pokok tunggangan. Kita gambarkan apa yang sepatutnya diyakini oleh pendengar serta mereka yang berada dihadapan. Aku sendiri berhadapan dengan berita kematian, telefon kecemasan kerana audit telah datang dan mahu memulakan. Demi Impian kuteruskan juga.

Benarlah apa yang kita rancangkan seolah tiada deru kepercayaan dan alunan keyakinan yang mampu untuk kita tiupkan pada halwa mereka bagi menggetarkan hati untuk mengiakan. Namun.... haruskah kita bersedih, haruskah kita berhenti seketika untuk jangka masa yang lama dalam merungkaikan bagaimana mereka rasa, untuk melihat bagaimana mereka memandang, untuk memegang bagaimana mereka menyentuh malah untuk mendengar apa yang mereka fahami. Perlukah kita menjanjikan mereka selangit harapan, seribu impian agar segala persoalan yang dibangkitkan boleh membuat mereka suka sakan.

Bagi aku pelbagai persoalan yang ditimbulkan seakan suatu andaian, lebih ke arah satu serkapan malah menerjah ia semacam mahu melekehkan. Dinyatakan, diutarakan malah dijelaskan bahwa kita hampir tersesat namun dengan pantas kita kembali ke pangkal jalan. Nah, bukankah lebih baik kita kerana telah memulakan perjalanan.

Persembahan yang tak seiringan, kicauan yang bersimpangan namun bukankah nada telah diciptakan, bukankah kata telah digarapkan. Mana bisa laut dan kemasinan dipisahkan lagu dan irama malah telah kita sepadukan. Mana tempua lainnya, sedangkan kita telah bersarang tinggi dengan terhasilnya melodi. Bukankah perbandingan perlu kepada sandaran.

Namun janganlah bersedih kerana ada kritikan, jangan berlengah kerana ada terjahan dan perbandingan yang tidak sezaman. Perlukah kita menunggu untuk kita kembali dikursuskan yang hanya melibatkan sebahagian. Perlukah menunggu sehingga ada sumber kewangan, perlukah menanti sehingga mereka difahamkan. Perlukah kita kepada satu perhentian sehingga semua ini diblueprintkan “Kami Pencakna Sumber” bukankah itu yang sering kita laung-laungkan. Bagaimana untuk kita merasa kenyang andai kita belum pernah sekali merasa kelaparan.

Mari kita teruskan agenda perkumpulan, berjumpa, menganalisa, berperang tanpa sekatan. Kita luahkan tanpa rasa takut untuk tidak diendahkan, kita dialogkan segala ketidakpuasan, kita selesaikan segala persoalan tanpa curiga akan dikesampingkan. Malah kita mampu usulkan pelbagai teknik penyelesaian, bermacam kaedah kita hasilkan, bertingkat solusi kita halusi dan semoga kita sentiasa saling memotivasi.

Seketika berakhir terima kasih atas kritikan, sesungguhnya membina ia akan keyakinan, membangun kukuh akan kesepakatan, Apakah anda mengira apa yang dihasratkan akan hancur, apakah anda merasa apa yang citakan akan lebur. Tidak sesekali tidak malah ianya akan terus harum subur sebagaimana dipatrikan dalam “Impian yang Luhur”.

Marilah kita fikirkan;

“ Kepada orang-orang yang sangat sensitif terhadap kritikan perlu menuangkan apa saja yang sejuk ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yang pedas dan menyengat”

“Maka marilah kita hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian”

Mutiara kata;

Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
LA Tahzan.

Sign : shahdeliklau

0 ulasan: