PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Selasa, 2 Februari 2010

luhurnya budi seindah bahasa

Pagi nie chanel kegemaran saya klasik nasional 98.3 fm menyiarkan lelagu yang indah, membuka minda dan mencetus dorongan intelektual. Saya suka berkongsi serangkap lirik. Niat saya bukan hanya sekadar visual mata tetapi ingin merangsang daya fikir dan ketajaman minda para KIKer budiman.... cuba lah hayati...

kelip kelip ku sangkakan api
sinar mentari melebari cahaya
kau hilang ghaib sangkaku kau mati
rupanya sekadar nak menduga

Pilihan dan susunan seni kata bagi saya adalah gambaran hati budi masyarakat kita. Penyusun tidak mengikut loghat yang biasa diguna... perhatikan, 'ku sangkakan api' berbanding dengan 'sangkaku kau mati' . mengapa di guna 'rupanya sekadar nak' tidak 'rupanya kau mahu' atau 'kau hendak' atau 'kau nak'. Perkara ini pada fikiran saya membabitkan soal nilai, perasaan dan penghormatan. Bagaimana pula kata seniman kumpulan fiqir, Aizat?  Walau apa pun, yang jelas penyusun tidak mahu ungkapan beliau disalah faham dan dirinya pula tidak mahu berburuk sangka.

Begitulah realiti masyarakat intelek kita yang sejati. Sentiasa menjaga keharmonian dan perasaan orang lain. Kata orang tetua mengikut resmi padi. Kita selalunya memberi penghormatan kepada kehebatan dan kebolehan orang. Selalu sanggup mengendurkan keakuan diri sendiri. Oleh yang demikian tidak hairanlah kalau kita begitu senang menerima pendapat, ide atau pandangan orang luar dan mudah bertolak ansur. Kalau pun mahu bertolak ansur dan berkompromi jangan sampai dihimpit hingga ke sudut dinding. Bagaimana pun yang tidak boleh hilang haluan ialah...... jeragang

0 ulasan: