PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Jumaat, 8 Januari 2010

Duta Peribahasa

                                    Malam rabu lepas berita saluran TV3, ada rancangan aduan rakyat.
Rancangan baru kelolaan Karam Sing Walia yang kata abang saya: "Dia itu pandai buat pantun, Kami sekeluarga suka dengar dia baca pantun". (Sebenarnya peribahasa atau pantun peribahasa)
Seingat saya, Karam Singh lah satu-satunya pengantara atau 'selibriti' TV yang sehingga hari ini konsisten berpantun simpulan bahasa yang menjadi 'Trademark' beliau, selain daripada mengangkat tangan (saya difahamkan rakan-rakan beliau di TV3 sering meneka berapa kali beliau angkat tangan kiri apabila bercakap! hehe..
Rancangan semalam adalah satu penghargaan kepada beliau. (Saya tidak ingat sama ada beliau pernah mempunyai rancangan sendiri sebelum ini) Selepas beberapa tahun keudara sebagai wartawan dalam slot alam sekitar di berita, kali ini beliau mempunyai rancangan sendiri. Tahniah!

Saya tidak lah mengikuti atau mengingati peribahasa yang beliau sampaikan setiap penghujung liputan beliau, namun saya terfikir, tidak pernah habiskan peribasa Melayu yang beliau baca? Atau sekurang-kurangnya peribahasa yang berkaitan dengan liputan beliau.

Katakanlah beliau keudara selama 5 hari seminggu. Sebulan lebih kurang 4 minggu x 5 hari = 20 hari. Dalam setahun 20 hari x 12 = 240 hari. Beliau telah keudara, tidak kurang daripada 10 tahun. Jadinya, beliau telah membaca sebanyak 2400 peribahasa (240 x 10). Itu kiraan mudah dan kasar saya. Mungkin kurang dan mungkin juga lebih, namun ia mengalahkan penggunaan peribahasa Melayu ini oleh orang Melayu sendiri.
Walau bagai mana pun, sekiranya itulah bilangan peribahasa yang telah En Karam Singh Walia siarkan, beliau selayaknya di nobatkan sebagai tokoh peribahasa Melayu. Atau sekurang-kurangnya Duta Peribahasa.... Wallahu'alam.( Seingat saya beliau pernah memenangi anugerah berkaitan anjuran UPM tahun lepas.)


-DhIya~

0 ulasan: