PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Jumaat, 4 Disember 2009

Pulut Durian

Assalamualaikum wbt KIK-ers,


Saya baru berkesempatan pulang ke kampung di Kuala Kangsar sempena menyambut Aidiladha minggu lepas.Di kesempatan tersebut saya secara tidak langsung menjengah ke Stesen MARDI Kuala Kangsar yang terletak kira-kira sepelaung dari rumah orang tua saya.

Tujuan menjengah ke stesen tersebut hanya untuk melawat kawan-kawan Induksi yang pernah saya jaga dan berjumpa dengan pakcik-makcik saudara saya (yang telah hampir 25tahun bekerja disitu) .Selain daripada itu,lawatan saya ini untuk PERTAMA kalinya saya menjengah stesen tersebut setelah hampir 27 tahun berada di muka bumi ini.hehehe...(sebenarnya MARDI ni masa saya kecil,tempat kami budak2 kampung makan buah free!!!syhhhh..jangan cerita kat orang lain!!)...

Sesampai sahaja saya dipintu stesen,saya terhidu bau buah durian..lama rasanye tak makan buah durian..saya dipelawa olek En. Li & En. Din/Pn Jamilah(bapa saudara) untuk merasa buah MDUR dan D2.Memang kelas rasanya!!!saya terus beli lagi 8 biji dan bawa balik ke rumah.Mak & isteri masakkan pulut dan dimakan dengan durian..

Ya Allah!!! Lama sungguh saya tak merasa nikmat makan Pulut Durian ini.



Bayangkan apabila rasa lemak-lemak manis durian tu,digaul dengan rasa masin-masin santan dan lemak pulut...Pergh!!!memang nikmat...

Inilah nikmat sebenar kate orang-orang tua.Bila kita makan sesuatu benda,kita RASA nikmatnya..

Dan NIKMAT seperti itulah yang saya ingin rasakan selepas selesai kita buat PRESENTATION kumpulan kita di hadapan Pengarah & Timbalan Pengarah Sumber Manusia pada 15hb Disember nanti..

Sama macam nikmat makan PULUT DURIAN!!!!



Mohamad Aizat Mohamad Zawawi
KIK-ers BPSM

0 ulasan: