PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Jumaat, 13 November 2009

KREATIF-Siri 2





Assalamualaikum Kreativator sekalian,

Masih ingat pada permainan LEGO di zaman kanak-kanak anda ?Bagi generasi yang lahir sekitar tahun lewat 70an hingga 80an pasti ingat..atau pernah membelikan permainan ini pada anak2 anda pada zaman itu atau sekarang...Permainan LEGO ini masih popular hingga kini...

Permainan ini pada asasnya hanyalah susunan blok2 plastik yang boleh bercantum dan dijadikan 'benda' baru..mcm pistol,kereta kebal,lori dan sebagainya..terpulang pada kreativiti si pemain...tapi pada zaman saya masih kanak2 ,ayah hanya mampu belikan LEGO versi made in china (maklumlah ayah hanya berpangkat rendah di Kem Askar di Taiping)..yang jual dalam bungkusan dalam RM3 sebungkus dan ada la dalam 30-40 bongkah lego..versi ini tidak seperti BRAND LEGO tu..mahal!!!

Tetapi yang menariknya permainan ini mencetus sifat kreativiti diri saya sejak kecil lagi..mungkin kawan-kawan yang lain begitu juga..sebab permainan ini mengajar kita untuk 'memasang' blok2 tersebut menjadi perkara yang kita nak..mcm saya katakan tadi,boleh buat pistol,kete dan lain2....








Yang menariknya,aplikasi permainan ini telah berpanjangan hingga ke zaman millennium ini..saya perasan akan perkara ini semasa membeli perabot di IKEA dan TESCO...kalau kita beli perabot ni,kite kene pasang sendiri di rumah..pekerja IKEA boleh pasangkan tapi kena charge 10% dari harga asal perabot tu..teringat saya pada statement isteri saya : "buat ape susah2 bayar,kita anggap macam main LEGO!!!"...maka kami pasanglah sendiri..memang mcm main lego..heehe..it was fun all the way..kami dapat pasang 2 almari baju,sofa,rak tv dan kabinet dapur..sebab setiap perabot diberi arahan atau manual pengguna...

Apabila fikirkan akan perkara ini,saya cukup memikirkan siapa kah pengasas permainan LEGO ini..bagaimana ianya dicipta untuk digunakan kemahiran yang terdapat didalam permainan tersebut untuk diaplikasi kemahiran itu ke 20tahun selepasnya...hmmm mcm George Lucas mengarahkan filem Star Wars pada tahun 80an tapi menyiapkan 3 siri prequel(sebelum) pada tahun 2000..mampu dia berfikir begitu?

KREATIF BUKAN?

Mohamad Aizat Mohd Zawawi
KIK-ers SM

0 ulasan: