PERHATIAN

Tahniah kepada Aizat atas kelahiran sang puteri. Semuga menambah kebahagian suami isteri

Khamis, 12 November 2009

KREATIF-siri 1





Assalamualaikum Kreativator sekalian...

Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk berkongsi sedikit pandangan & informasi mengenai maksud "Kreatif" ini. Mungkin sejak kumpulan FIQIR mula ditubuhkan lagi.

Melalui rujukan kamus ,KREATIF bermaksud - keupayaan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu..

Tapi saya pernah terbaca pada blog seorang ANAK MELAYU (keturunan jawa lagi), yang bernama Saiful Nang yang mendefinisikan KREATIF sebagai "menghasilkan sesuatu yang luar biasa atau istimewa dengan menggunakan sumber yang sangat terhad"....

Pada saya definisi ini sangat mendalam dan bertepatan maksudnya jika digunapakai oleh kita.Seperti yang kumpulan kita capai pada waktu ini...dapat menghasilkan pelbagai perkara walaupun dengan sumber yang terhad...kreatif bukan?

YA!kumpulan FIQIR sangat kreatif.....

P/s: Saiful Nang adalah seorang Jurugambar Profesional bertaraf antarabangsa dan juga pengasas kepada Candidsyndrome yang memulakan perniagaan fotografinya dengan modal RM90 sahaja.Kini beliau sudah menjelajah keseluruh dunia berbekalkan semangat kretif beliau.Layari beliau di blog.saifulnang.net

Gambar di atas itu lah En Siful Nang (saya bangga ada anak melayu mcm dia di muka bumi sekarang..menjadi inspirasi saya) dan Pakej yang disediakan oleh beliau (dalam harga Euro tu)...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat menarik..diharapkan lebih ramai lagi golongan muda melayu menjejaki langkah beliau.:P